• Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pengumuman

PONDOK PENGAWAL 1MALAYSIA

Tahniah diucapkan kepada JBPM Pahang di atas kretivitinya dalam merekabentuk Pondok Kawalan berlogo 1 Malaysia dan telah mendapat liputan meluas daripada media cetak dan media elektronik dimana ia melambangkan semangat muhibah dan kehormonian rakyat berbilang kaum di Negara ini.

Keratan Akhbar


 
SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2010

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan” pada 1 Februari 2010 kepada seluruh kakitangan JBPM yang berada di Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan. Kepada warga yang bercuti, semoga Sambutan kali ini akan dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan kepada yang bertugas, diharapkan semoga terus berkerja dengan penuh semangat demi memastikan perkhidmatan kebombaan kepada masyarakat Malaysia dapat diberikan sebaiknya. Tema sambutan yang dipilih pada tahun ini ialah “1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera”. Pemilihan tema ini ialah bagi memperkukuhkan peranan dan sumbangan berterusan Wilayah Persekutuan terhadap kemajuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan gagasan konsep 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Baca Lagi...
 
PERMOHONAN SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PELAJAR MEMBUKA AKAUN TH

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) sedang berkempen untuk menggalakkan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah di seluruh negara supaya membuka akaun TH dan seterusnya menjadi ahli kelab TaHa.

Baca Lagi...
 
MAJLIS PELANCARAN MALAYSIA INOVATIF 2010 PADA 27 JANUARI 2010, JAM 7 MALAM BERTEMPAT DI DEWAN PERDANA, PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 November 2009 telah mengisytiharkan tahun 2010 sebagai tahun Malaysia Inovatif 2010 dengan bertemakan “Meraikan Kreativiti”. Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) merupakan satu inisiatif kerajaan merangsang rakyat Malaysia menjadikan Inovasi dan Kreativiti sebagai satu budaya. Cara ini menjadikan masyarakat dapat membangunkan negara ini ke tahap yang lebih tinggi.  Selari dengan pengisytiharan tersebut, semua warga jabatan adalah diseru untuk mempelbagaikan ciptaan dalam pertandingan KMK dan Sambutan Hari Integriti dan Inovasi yang akan datang.


 
PERBARISAN TAHUNAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI PERAK

Sukacita dimaklumkan bahawa JBPM Negeri Perak akan mengadakan Perbarisan Tahunan yang akan disempurnakan oleh YS Pengarah JBPM Negeri Perak, PPjB Md. Din Bin Rajad seperti butiran berikut:

Tarikh    : 26 Januari 2010 (Selasa)
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng
Masa     : Jam 8.30 pagi


 

Staf Login



Arkib Galeri
StatistikPelan Perancangan
RSS BombaMY Integriti

Perolehan

Undian Anda

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?
 

Kaunter Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1934
mod_vvisit_counterSemalam1454
mod_vvisit_counterMinggu ini1934
mod_vvisit_counterBulan ini14579

Muat Turun

   Muat Turun Borang

 

MS ISO 9001:2008


JBPM telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001 : 2008 dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 13hb November 2009 

 

 


 


Berita Pilihan

Rails must guard, not kill

PETALING JAYA: Metal guardrails along highways should be of the right design and properly constructed to prevent fatalities that can occur with them piercing through vehicles, the Malaysian Institute of Road Safety (Miros) said. - The Star, 30th December 2009

Read More...

 
Bomba yakin dapat tingkat pengurusan bencana

SHAH ALAM 29 Dis. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yakin dapat meningkatkan pelaksanaan latihan serta pengurusan bencana dengan melibatkan kerjasama syarikat-syarikat pengendali terminal minyak dan bahan kimia di Pelabuhan Barat, Klang. - Utusan Malaysia, 30hb Disember 2009

Baca Lagi...

 
Penubuhan bomba sukarela pilihan terbaik

HULU YAM - Susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan lapan premis perniagaan di Pekan Hulu Yam baru-baru ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPS) hadir membuat pertemuan dengan kesemua pemiliknya bagi memperjelas keadaan sebenar berlaku sehingga mengakibatkan kemusnahan. - Sinar Harian, 29hb Disember 2009

Baca Lagi...

 
Wanita melecur disambar api di stesen minyak

KUANTAN - Seorang wanita hamil empat bulan, Noraini A. Malik, 26, melecur di beberapa bahagian badan apabila kereta yang mahu diisi minyak oleh suaminya disambar api di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah dekat Bandar Indera Mahkota di sini semalam. - Kosmo, 16hb Disember 2009

Baca Lagi...

 
Tiada koordinasi punca letupan

MELAKA -Tiada koordinasi pihak yang bertanggungjawab dalam soal pemasangan dan pembekalan paip gas cecair asli (LPG) merupakan antara punca kejadian letupan di tingkat bawah pusat beli-belah Aeon Jusco di sini kelmarin. - Kosmo, 16hb Disember 2009

Baca Lagi...

 
Pahang buat persediaan rapi

KUANTAN: Sebanyak 588 pusat pemindahan disediakan bagi menampung 127,144 mangsa bagi menghadapi banjir di negeri ini yang diramal bermula minggu depan.  Harian Metro, 5hb. Disember 2009

Baca Lagi...

 
Operasi menyelamat persediaan hadapi kecemasan

Kundang - Ilmu dan latihan menyelamat dalam air bukan sahaja boleh digunakan untuk membantu mangsa, malah ia juga menjadi sebahagian daripada persiapan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sinar Harian, 8hb. Disember 2009.

Baca Lagi...

 

Aktiviti

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN KOMPLEKS IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH

 

Tarikh      : 08 Januari 2010
Tempat   : Ibu Pejabat JBPM Negeri Sabah
Masa       : 02.00 Petang

 

Baca Lagi...
 
Majlis Perbarisan Tahunan JBPM dan Majlis Penyerahan Jentera 2010

      Majlis Perbarisan Tahunan 2010, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berlangsung pada 18 Januari 2010, hari Isnin, jam 8.45 pagi. Majlis tersebut  telah dihadiri oleh segenap lapisan pegawai bomba daris seluruh negeri termasuk YAS Ketua Pengarah JBPM, Dato’ Hamzah Bin Abu Bakar, YAS Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Dato’ Wan Mohd. Nor Bin Hj. Ibrahim, YS Penolong-penolong Ketua Pengarah, YS Pengarah-pengarah negeri, YS Komandan-Komandan FRAM, Pengarah-pengarah dari Bahagian Pengurusan JBPM, Pegawai-pegawai kanan jabatan serta warga JBPM.

Baca Lagi...
 
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM)
YAS Dato' Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, telah ke udara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan RTM, jam 8.10 pagi 15 Januari 2010 bersamaan hari Jumaat yang membicarakan perkhidmatan terbaik di negara ini dan mengulas tahap kesedaran masyarakat dalam aspek keselamatan kebakaran.
 
 
Program Utama Tahunan 2010

Program Utama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Tahun 2010

Baca Lagi...
 
Langkawi International Maritime And Aerospace (LIMA' 09)

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekali lagi telah terlibat dalam aktiviti pameran dan demonstrasi sempena Langkawi International  and Maritime Aerospace (LIMA’ 09). LIMA merupakan salah satu acara dwi tahunan anjuran kerajaan Malaysia yang merupakan platform kepada pembuat dan pembekal kelengkapan keselamatan serta pertahanan , untuk mempamerkan peralatan masing-masing.
Baca Lagi...
 
Akademi JBPM mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000

 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 pada 19hb. September 2008 dan mendapat penyambungan pengiktirafan ke versi ISO 9001:2008 pada 20hb. Oktober 2009 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan Akademi mencapai pengiktirafan tertinggi Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001, Akademi telah dijemput ke Majlis Sirim Industri 2009 yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur pada 20hb. November 2009 yang lalu bagi meraikan dan menyampaikan Sijil Penghargaan atas kejayaan tersebut.

Baca Lagi...
 
Catatan Seorang Pendaki Bomba

Salam

Tuan,

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan yang banyak membantu saya. Juga tidak lupa kepada pimpinan pihak Jabatan yang memberikan sokongan kepada saya. Sesungguhnya perasaan gembira dan terharu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ucapan semangat dan doa dari semua pihak membuatkan saya merasa lebih semangat untuk meneruskan dan menjayakan xpdc ini.

Baca Lagi...
 
Majlis Tamat Latihan

 

Majlis Tamat Latihan Kursus Diploma Kebombaan dan Kursus penyesuaian kenaikan pangkat secara latihan (KPSL) bagi gred KB41 dan KB29 telah diadakan pada 29hb. Oktober 2009 di Akademi Bomba Wakaf Tapai,Terengganu.
Baca Lagi...
 
Program Jejak Warisan Berkayak Rentas Sempadan

  Pada 17hb. – 20hb. Oktober 2009, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia melalui Majlis Sukan, Kebajikan Dan Kebudayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (MASKAB) telah menghantar seramai 22 orang pegawai Bomba sebagai peserta di XPDC Jejak Warisan-Kayak Rentas Sempadan Port Dickson,Negeri Sembilan ke Pulau Rupat, Sumatra, Indonesia. 

Baca Lagi...
 
Darjah Indera Mahkota Pahang

Pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia Negeri Pahang diatas penganugerahan Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Ke-Bawah Duli Sultan Pahang sempena Hari Lahir Baginda yang ke-79 pada 24hb. Oktober 2009. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin kepada semua pegawai untuk meningkatkan komitmen dalam pekerjaan masing-masing. 

 

When you mix training and dedication, you’re called a professional;

When you mix compassion and caring, you’re called a friend;

When you mix bravery and selflessness, you’re called a Hero;

When you mix all three, you’re called a Firefighter.



Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Tarikh Akhir Kemaskini: 03-Februari-2010.


JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRECINT 7, 62250 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-8888 0036/37/38/40 | No Fax : 603-8888 0025

Hakcipta Terpelihara © 2009 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

PENAFIAN: JBP Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 dan ke atas atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768.