OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT (BAHAGIAN)

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT
Visi

Untuk memastikan khidmatan operasi yang cekap, berkesan dan sistematik bagi melindungi nyawa dan kemusnahan harta benda mengikut peruntukan undang-undang.

Misi

Kami komited di dalam merangka, menyusun dan melaksanakan strategi untuk memberikan khidmat operasi kebombaan yang berkualiti bagi melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar.

Objektif

Untuk memastikan khidmat operasi kebombaan dan penyelamatan yang professional dan berkualiti bagi mengelakkan ancaman kepada nyawa dan membendung kemusnahan harta benda mengikut peruntukan undang-undang

Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan kepada semua lapisan masyarakat dengan cekap dan berkesan.
Dengan itu kami berjanji akan :

  • Mengeluarkan jentera bomba pertama ke tempat kecemasan dalam tempoh 60 saat dari mula loceng dibunyikan.
  • Menyiapkan laporan kebakaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima semua maklumat dan dokumen yang diperlukan dari pemohon.
  • Kami juga berjanji akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemampuan agar dapar memberikan perkhidmatan yang cemerlang setiap masa.
Fungsi

Seksyen Pengurusan Operasi

  • Mengurus perlaksanaan pengurusan operasi besar dan bencana.
  • Memantau perlaksanaan pengurusan operasi kecil.
  • Membuat dasar dan SOP / ATJ operasi kebombaan dan memantau keberkesanan perlaksanaannya.
  • Menganalisa dan mengkaji keberkesanan pengurusan operasi, pengurusan logistik operasi dan persediaan.
  • Mengawalselia pengurusan Pusat Pengurusan Operasi (PPO)/ Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan.
  • Mengawalselia pengurusan Pasukan Penyelamat

Seksyen Pengurusan Operasi merangkumi 3 cawangan utama :

  • Cawangan Pengurusan Operasi Kebombaan
  • Cawangan Pusat Pengurusan Operasi
  • Cawangan Pengurusan Pasukan Penyelamat

           Cawangan Pengurusan Operasi Kebombaan

  • Menyediakan dasar dan Standard Operating Procedure (SOP) berkaitan :
    • Kajian Kawasan dan Analisa Strategi
    • Rancangan Pra-Kebakaran dan Pra-Bencana
    • Piawaian dan Kawalan Keberkesanan Operasi
    • Fire Drill
  • Menyediakan dasar dan (SOP) sesuatu operasi pemadaman kebakaran dan penyelamatan
  • Memantau pelaksanaan dasar dan SOP tersebut
  • Kaji perundangan berkaitan dengan operasi pemadaman kebakaran dan penyelamatan
  • Analisa keberkesanan taktik-taktik persediaan kebakaran kecekapan operasi.

        Cawangan Pusat Pengurusan Operasi

  • Menyediakan dasar pelaksanaan pusat gerakan operasi JBPM.
  • Menerima kejadian kebakaran dan penyelamatan daripada bilik PPO/PGO.
  • Membuat kawalselia operasi.
  • Menyediakan maklumat dan khidmat kepakaran kepada Komander Operasi.
  • Menyediakan rekod dan maklumat mengenai kejadian.
  • Pemantauan operasi.
  • Mengadakan Arahan dan Kawalan (Command & Control) berkaitan operasi sesuatu kejadian.
  • Menentukan dan memaklumkan moncut merah dalam semua kejadian.
  • Memaklumkan moncut merah kepada pegawai terkanan / Ketua Pengarah.

        Cawangan Pengurusan Pasukan Penyelamat

  • Mengurus pasukan khas:
    • HAZMAT,
    • Penyelamatan di air,
    • RTA – Road Traffic Accident,
    • Penyelamatan bangunan tinggi,
    • Penyelamatan cerun,
    • RIM – Rapid Intervention Motorcycle
    • Kebakaran Hutan
    • EMRS – Emergency Medical Rescue Services
  • Menyediakan dasar dan Standard Operating Procedure (SOP) pasukan khas.
  • Mengkaji keberkesanan dan kepakaran pegawai dan pasukan khas.
  • Mengkaji taktik-taktik operasi pasukan khas yang terkini dan berkesan.
  • Mengkaji keperluan peralatan yang berteknologi tinggi bagi memastikan kecekapan dan kepakaran operasi.
  • Pengurusan personel di balai
  • Mengkaji dan membuat pemantauan keberkesanan balai memberi perkhidmatan kebombaan.
  • Pengurusan kerja harian.
  • Program latihan kecekapan operasi di balai.
  • Kawad kemahiran.
  • Pemeriksaan dan penyelenggaraan kenderaan dan peralatan serta personal gear pegawai.
  • Kebersihan dan keselesaan balai.
  • Penyediaan Polisi Keselamatan dan Kesihatan (Safety and Health Policy) pegawai di tempat kerja.
  • Menyediakan dasar pelaksanaan tugas khas.
  • Menguruskan pelaksanaan tugas.
  • Menyediakan panduan pelaksanaan.
  • Membuat pemantauan pelaksanaan tugas khas.
  • Merancang pemasangan baru mengikut keperluan.
  • Mengkaji sumber air yang sesuai untuk pemadaman.
  • Menyediakan dasar dan perundangan berkaitan sumber air.
  • Menyediakan prosedur / standard pemeriksaan dan pengujian pili bomba.
  • Menyediakan prosedur / standard penyelenggaraan pili bomba.
  • Menyemak rekod pili bomba.
  • Memantau pengurusan sumber air
  • Menyediakan dasar pelaksanaan bomba sukarela / bantuan.
  • Permohonan pegawai bomba sukarela dan bomba bantuan.
  • Permohonan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela, Pasukan Bomba Bantuan dan Pasukan Bomba Persendirian.
  • Menguruskan keperluan peralatan kelengkapan pasukan.
  • Membuat pemantauan dan lawatan ke pasukan tersebut.
  • Merancang program menggalakkan penyertaan orang awam.
  • Membuat penilaian kecekapan pegawai dan anggota pasukan.
  • Menyediakan dasar dan panduan perlaksanaan operasi pengesan.
  • Menjalankan siasatan punca bahan-bahan petroleum dan mengumpul sampel bahan bukti bagi kebakaran.
  • Mencari dan menyelamat mangsa terperangkap di bangunan runtuh, runtuhan struktur dalam tanah dan tanah runtuh, yang telah mati di air atau di darat, yang hilang di dalam hutan, di kawasan tanah tinggi dan lain-lain.
  • Melatih anjing dan pegawai mengikut disiplin dan kepakaran.
  • Menilai, mengkaji dan menganalisa keberkesanan keupayaan prestasi anjing dan pemegangnya
Carta Organisasi

Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat.

Alamat Surat Menyurat

Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat,
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Tingkat 6, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No. Tel : 03 – 8892 7600/ 03-8888 0975
No. Faks : 03 – 8888 0843/ 03 – 8888 9127
email : operasi@bomba.gov.my

Unit Pengesan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Batu 6, Jalan Klang Lama,
58000 Kuala Lumpur.
No. Tel : 03 – 77819478
No. Faks : 03 – 77858107
email :unitpengesan_k9@bomba.gov.my
facebook :http://www.facebook.com/pages/Unit-Pengesan-Jabatan-Bomba-Dan-Penyelamat-Malaysia/238649049499016

English EN Malay MS
Skip to content