SOALAN LAZIM - BAHAGIAN PENYIASATAN KEBAKARAN

Pemunya/penghuni/mangsa bagi kebakaran premis/kenderaan perlu melaporkan insiden kebakaran kepada Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran semasa kebakaran berlaku supaya siasatan kebakaran dapat dijalankan dengan segera.

Pemunya/penghuni/mangsa bagi premis/kenderaan yang terlibat dalam insiden kebakaran yang dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia boleh mendapatkan Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1) setelah mengemukakan Salinan Laporan Kebakaran dan Kecemasan (SLKK) dari Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat di negeri-negeri.

Tidak. Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1) hanya boleh diberikan kepada pemunya/penghuni/mangsa bagi premis/kenderaan yang terlibat dalam insiden kebakaran.

Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1) akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh siasatan kebakaran dimulakan.

Ya. Saksi yang gagal hadir memberikan pernyataan lisan atau mengemukakan maklumat berhubung dengan kebakaran adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 18A Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341). Sekiranya disabitkan kesalahan individu tersebut boleh dikenakan denda satu ribu ringgit (RM1000.00)

Pembayaran kompaun boleh dibuat secara tunai atau menggunakan wang pos, cek atau bank deraf. Pembayaran secara tunai boleh dibuat di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), JBPM negeri-negeri atau zon. Manakala jika bayaran menggunakan wang pos, cek atau bank deraf hendaklah dialamatkan kepada Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

English EN Malay MS
Skip to content