13.5.2024: Seorang pesakit bayi perempuan yang mengalami “complex cyanotic heart – shon s complex with severe pulmonary hypertension” diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan untuk dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Bayi tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ditemani oleh 4 orang pengiring iaitu, ibunya, doktor dan 2 orang jururawat bersama peralatan perubatan berikutan bayi tersebut memerlukan alat bantuan pernafasan (oxygen tank & ventilated) yang di kawal rapi oleh doktor dan jururawat sepanjang penerbangan.
PPgB Amir Fitri bin Salim (Pilot 1) dan PKPgB Ahmad Hafiz bin Hj. Sulaiman (Pilot 2) yang mengendalikan pesawat Bomba jenis Mi-171 (M994-03) – BOMBA 04 bersama 5 kru terdiri daripada seorang jurutera pesawat (FE), 2 AQM dan 2 anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) berjaya memindahkan pesakit bayi tersebut bersama pengiring dan alatan perubatan dengan mengambil masa kira-kira 2 jam 18 minit untuk sampai ke Kuala Lumpur.
Sebaik pesawat mendarat di padang Hospital Kuala Lumpur, bayi tersebut terus dipindahkan ke dalam ambulans dengan di bantu oleh anggota PASKUB dan anggota BBP Sentul untuk di bawa segera ke IJN bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Semasa pemindahan pesakit dijalankan ketika di Kelantan, anggota Bomba BBP Kota Bharu telah hadir bagi membantu proses pemindahahan itu.
Setelah tugasan selesai, pesawat kembali semula ke hangar Airod, Subang dengan selamat.
Pangkalan Udara Wilayah Tengah