SOALAN LAZIM - BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT

I. Pemohon hendaklah mendapatkan borang permohonan Salinan Laporan Kebakaran dan Kecemasan (SLKK) daripada Balai Bomba dan Penyelamat berdekatan dan melengkapkan borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan;

II. Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM Negeri disertakan dengan resit wang bayaran RM100;

III. Pemohon hendaklah membuat bayaran SLKK sebanyak RM100.00 di Bahagian Pengurusan, JBPM Negeri dan mengemukakan resit bayaran kepada Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Negeri;

IV. Pembayaran hendaklah sama ada dengan wang tunai (cash money) / pesanan wang (money order) / wang pos (postal order) / deraf bank (bank draf). Pembayaran melalui cek tidak akan diterima.

V. Proses pengeluaran SLKK akan mengambil masa tujuh (7) hari waktu berkerja dari tempoh penghantaran borang dan dokumen yang lengkap;

VI. Pemohon boleh mengambil Salinan Laporan Kebakaran dan Kecemasan (SLKK) daripada Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat di negeri-negeri selepas tujuh (7) hari permohonan.

 

I. Talian Kecemasan Negara – 999

II. Talian terus Pusat Gerakan Operasi Negeri/Balai Bomba (Lampiran A)

III. Talian hotline JBPM (1-800-888-994)

I. Mengemukakan surat permohonan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Peringkat Negeri;

II. Sekretariat (JBPM) Peringkat Negeri akan membuat semakan untuk kelulusan dan sokongan pendaftaran tersebut;

III. Setelah mendapat sokongan dan kelulusan, mereka perlu mengisi dan mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) secara dalam talian;

IV. Permohonan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) akan menerima sijil kelulusan secara dalam talian.

I. Permohonan Pegawai Bomba Bantuan adalah berdasarkan iklan yang dikeluarkan melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) peringkat Negeri;
 
II. Mengisi borang permohonan penyertaan yang boleh didapati melalui JBPM Negeri;
 
III. Borang permohonan yang diisi hendaklah dihantar sebelum tamat tempoh, tarikh tutup permohonan;
 
IV. Surat panggilan ujian fizikal dan temuduga akan dikeluarkan kepada calon-calon untuk hadir semasa sesi tersebut;
  • Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
  • Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
  • Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan.
  • Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
  • Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai.
  • SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada individu yang telah dilantik.
English EN Malay MS
Skip to content