Soalan Lazim - BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Pihak PSP atau SP dikehendaki untuk mengisi Borang Temujanji yang disediakan oleh pihak JBPM dan menyerahkan kepada kaunter untuk diproses.

Borang Temujanji boleh didapati di Portal JBPM. (Sila rujuk lampiran Borang Konsultansi untuk dimuatnaik ke dalam Portal dan mewujudkan hyperlink di sini)

Perkhidmatan ini disediakan di Bahagian Keselamatan Kebakaran (BKK) JBPM Negeri dan Pejabat Zon JBPM berdasarkan kepada lokasi premis pemohon. Pejabat Zon JBPM adalah bertanggungjawab ke atas pemprosesan permohonan sokongan lesen perniagaan di kawasan jagaan zon tersebut.

Untuk Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Perlis) semua permohonan perlu dirujuk terus kepada BKK JBPM Negeri tersebut.


Tidak perlu. Sokongan pelesenan perniagaan JBPM terpakai selagi tidak ada tukar guna premis berkenaan seperti kedai ditukar guna menjadi hotel bajet atau pertukaran pemilik perniagaan tersebut.
 

Sokongan Pelesenan merupakan salah satu perkhidmatan teknikal berkaitan keselamatan kebakaran yang disedia oleh JBPM kepada agensi pengeluar lesen. JBPM tidak mengeluarkan lesen tetapi mengeluarkan sokongan kepada agensi pengeluar lesen berkaitan aspek-aspek keselamatan kebakaran.

Ya, Ada. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat pembelajaran awam melalui pameran, ceramah dan demontrasi peralatan kebombaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa berusaha dan berharap setiap warga masyarakat tahu tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran khususnya dirumah dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran keselamatan kebakaran.

Masyarakat setempat boleh memohon Jabatan bomba dan penyelamat Malaysia untuk mengadakan ceramah tentang kaedah pencegahan dan keselamatan kebakaran dirumah melalui kesatuan penduduk atau wakil penduduk dengan cara memohon kepada Ketua Balai Bomba yang paling hampir dengan penempatan. Ceramah yang disampaikan tidak dikenakan bayaran.

• Penubuhan Bomba Komuniti adalah dengan mengemukakan permohonan di Pejabat Zon atau balai bomba terdekat

• Keahlian pasukan Bomba Komuniti di sarankan supaya sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang bagi setiap pasukan.

·        Penubuhan Skuad Bomba dibuat dengan cara mendaftar di Jabatan Bomba negeri masing-masing

·         Keahlian sekurang-kurangnya 10 orang bagi setiap pasukan.

·         Keahlian adalah digalakkan kepada mereka yang berumur 15 tahun ke atas.

Penubuhan Kelab 3K; cara mendaftar di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia berhampiran.

Menurut Akta 341, Seksyen 10; Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak notis menghapuskan bahaya kebakaran yang disampaikan kepadanya menurut seksyen 8 dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, sama ada suatu perintah di bawah seksyen 13 telah dibuat terhadapnya atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan. 
Tidak boleh, keadaan ini akan menyebabkan jalan keluar yang tidak mencukupi dan menjejaskan keselamatan nyawa sekiranya berlaku kecemasan kebakaran.
Perkara ini menjadi suatu kesalahan sepertimana termaktub dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 2, Tafsiran bahaya kebakaran I jalan keluar yang tidak mencukupi dari mana-mana bahagian sesuatu bangunan ke mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bangunan itu, yang memberikan perlindungan kepada orang-orang sekiranya berlaku kebakaran.
Pada umumnya bahaya kebakaran boleh dielakkan dengan cara mematuhi semua perkara-perkara yang dikategorikan dalam tafsiran bahaya kebakaran, seksyen 2, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 antaranya;
i. Tidak melakukan pengubahsuaian pada bangunan yang menyalahi undang-undang;
ii. Memastikan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran sentiasa berada dalam keadaan baik contohnya Lampu Kecemasan tanda KELUAR, Alat Pemadam Api dan lain-lain lagi; dan
iii. Sentiasa mengamalkan good housekeeping supaya tidak mengganggu jalan keluar. 
Borang Perkauan Bomba boleh diperoleh melalui:
• Kaunter Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri; dan
• Kaunter Pejabat Zon, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri yang terdekat (Bagi Negeri Sarawak sahaja).
 

Premis yang dikategorikan sebagai premis ditetapkan memerlukan Perakuan Bomba. Berikut adalah ciri-ciri premis ditetapkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Perkhidmatan Bomba (Premis Ditetapkan) (Pindaan) 2020 [P.U.(A) 289/2020]:

 

JADUAL

PREMIS DITETAPKAN

 

Premis yang Ditetapkan mengikut Kegunaan

Saiz

Tempat

1.

Perpustakaan

   2000 meter persegi dan lebih

   (keluasan jumlah lantai)

     Seluruh Malaysia

 

 

 

 

2.

Hospital dan Rumah Rawatan

(i)    2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)

     Seluruh Malaysia

 

 

 

 

 

 

(ii)   5 tingkat dan ke atas

 

 

 

 

 

3.

Hotel

(i)    Koridor terbuka- 100 bilik dan lebih bagi setiap blok;

     Seluruh Malaysia

 

 

 

 

 

 

(a)     2 tingkat hingga 3 tingkat dengan 101 bilik dan lebih

 

 

 

 

 

 

 

(b)     4 tingkat dan ke atas dengan 51 bilik dan lebih

 

 

 

 

 

4.

Asrama dan Dormitori

(i)    Koridor terbuka- 10 tingkat dan ke atas atau 5000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai);

     Seluruh Malaysia

 

 

 

 

 

 

(ii)   Reka bentuk lain- 6 tingkat dan ke atas atau 3000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)

 

5.

Pejabat

Ketinggian 30 meter dan ke atas atau 10,000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)

     Seluruh Malaysia

 

 

 

 

6.

Kedai

   3000 meter persegi dan lebih     (keluasan jumlah lantai)

     Seluruh Malaysia

 

 

 

 

7.

Kilang

(i)    Satu tingkat- 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) yang dipasang dengan sistem semburan automatik;

     Seluruh Malaysia

 

 

 

 

 

 

(ii)   2 tingkat dan ke atas- 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) yang dipasang dengan sistem semburan autoamtik;

 

 

 

 

 

 

 

(iii)  Struktur Khas- Proses berbahaya

 

 

 

 

 

8.

Tempat Perhimpunan

(i)    Bangunan di bawah aras pelepasan diri 1000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai);

     Seluruh Malaysia

 

 

 

 

 

 

(ii)   Tempat perhimpunan 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)

 

 

 

 

 

9.

Storan dan Am

(i)    Tempat letak kereta bawah tanah 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) yang dipasang dengan sistem semburan automatik;

     Seluruh Malaysia

 

 

 

 

 

 

(ii)   1,000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) atau 7000 meter padu dan lebih, yang dipasang dengan sistem semburan automatik

 

 
Permohonan Perakuan Bomba boleh dibuat secara manual di Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri di mana premis ditetapkan tersebut berada dan mengemukakan Borang Permohonan seperti Jadual Pertama bagi permohonan Perakuan Bomba baru, dan Jadual Ketiga bagi permohonan pembaharuan Perakuan Bomba.
Borang tersebut adalah seperti berikut: (Mohon berikan link kepada borang tersebut)
i) Jadual Pertama – Permohonan bagi Perakuan Bomba
ii) Jadual Ketiga – Permohonan bagi Pembaharuan Perakuan Bomba.
 
Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh perakuam bomba berkuatkuasa. 

Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) merupakan suatu sistem yang dihubungkan ke panel utama penggera kebakaran di premis ditetapkan dengan pusat kawalan SPKA dan seterusnya ke Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pusat kawalan SPKA ini bertanggungjawab untuk menapis semua isyarat penggera yang diterima melalui pengesahan secara terus dengan pihak premis sebelum dihantar ke JBPM untuk tindakan susulan. 

Pemasangan sistem SPKA pada Premis Ditetapkan merupakan bidang tugas penyedia perkhidmatan SPKA yang dilantik oleh Kerajaan. Pemasangan sistem SPKA pada bangunan (Premis Ditetapkan) adalah tertakluk kepada ‘SPKA subscription agreement’ di antara penyedia perkhidmatan SPKA dan pemunya bangunan. 
Berdasarkan peruntukan dalam Perintah Perkhidmatan Bomba (Premis Ditetapkan) (Pindaan) 2020, semua premis ditetapkan hendaklah disambung secara automatik ke PGO yang paling hampir. Pemunya premis ditetapkan adalah bertanggungjawab mengadakan penyambungan SPKA tersebut dan kegagalan pihak premis untuk memenuhi keperluan ini akan menyebabkan sijil Perakuan Bomba tidak dapat dikeluarkan.

Resit alat pemadam (H13) telah ditukarkan kepada Barcode Sticker setelah sistem eFEIS berkuatkuasa pada 1 Jun 2013. Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadam Api adalah seperti berikut:

i. Pemilik Alat Pemadam Api (APA) hendaklah membawa APA yang ingin diperbaharui atau alat pemadam api yang baru ke syarikat penyelenggara alat pemadam api yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS. Senarai syarikat yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS boleh dirujuk di Portal JBPM.

ii. Syarikat penyelenggara (kontraktor) alat pemadam api tersebut hendaklah membawa alat pemadam api dan surat yang telah diisi oleh pemilik alat pemadam api ke pusat-pusat eFEIS yang berhampiran. Terdapat 108 pusat eFEIS di seluruh Malaysia.

iii. Pegawai di Pusat eFEIS akan meneliti permohonan dan memastikan alat pemadam api tersebut berada dalam keadaan baik untuk mendapatkan barcode sticker. Segala data akan disimpan di dalam sistem eFEIS secara berkomputer dan tidak boleh dipinda.

APA atau Alat Pemadam Api Mudah Alih merupakan alat pemadaman yang direkabentuk dengan berat media pemadaman tidak melebihi 20 kg dan dapat dibawa serta beroperasi dengan tangan dengan baik. APA mengandungi media pemadaman bertekanan yang dapat disembur bagi tujuan memadamkan api.
 

i. Untuk memadamkan api disaat kebakaran baru bermula 

ii. Untuk memadamkan kebakaran kecil 

iii. Untuk mencegah api menjadi bertambah besar

iv. Untuk membuat jalan keluar dari bangunan sekiranya laluan terhalang oleh api.

APA perlu diselenggara dan dibawa untuk pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) SETAHUN SEKALI. APA juga perlu ‘RECHARGE’ setiap kali selepas digunakan atau apabila jarum pada tolok tekanan tidak berada pada zon berwarna hijau.

JBPM telah menetapkan hanya kontraktor yang berkelayakan dan berdaftar sahaja dibenarkan membuat penyelenggaraan APA.

Sepuluh (10) tahun. Jangka hayat silinder dikira bermula dari bulan dan tahun APA diperbuat (manufacturing date).
 

Boleh sekiranya hayat APA masih berbaki melebihi 6 bulan dari tarikh pemeriksaan. Contohnya APA yang dikeluarkan pada bulan Disember 2007 dan APA ingin diperiksa pada Januari 2017, maka masih sah kerana hayat APA masih berbaki 12 bulan iaitu akan berakhir pada Disember 2017

Kontraktor perlu meletakkan APA sebagai pengganti jika mengeluarkan APA dari premis (jumlah APA pengganti bergantung kepada bahaya kebakaran yang wujud).

Untuk mendapatkan MS Document, anda boleh membelinya secara terus dengan hadir ke kaunter jualan di Jabatan Standard Malaysia (JSM) di Cyberjaya atau anda boleh membelinya dengan menghantar permohonan melaui email at sales@jsm.gov.my. Pembelian secara atas talian akan diadakan pada masa akan datang. Anda boleh memilih untuk membeli MS Document dalam bentuk PDF ataupun bercetak.

English EN Malay MS
Skip to content