Pengurusan (Bahagian)

BAHAGIAN PENGURUSAN
Visi

Menyediakan perkhidmatan strategik demi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf antarabangsa.

Misi

Pengurusan perkhidmatan sokongan yang komited dalam menyumbang ke arah perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional dengan menggunakan sumber dan teknologi terkini secara berkesan.

Objektif

Sistem penyampaian perkhidmatan sokongan berprinsipkan kompetensi, integriti dan akauntabiliti dalam mentadbir aktiviti-aktiviti kewangan, pentadbiran, sumber manusia dan teknologi maklumat yang cekap dan berkesan.

Fungsi

Merancang, membangun, mengurus dan memantau :

  • Perancangan Strategik Sumber Manusia
  • Pengambilan
  • Penempatan dan Pertukaran
  • Urusanperkhidmatan
  • Kenaikan Pangkat
  • Latihan
  • Pembangunan Kompetensi
  • Pengurusan Prestasi dan Tatatertib
  • Pelaksanaan HRMIS
  • Program Pengiktirafan & Penghargaan
  • Pengurusan Perkhidmatan Psikologi

Merancang, mengurus dan memantau:

  • Anggaran Belanja Mengurus dan Bajet Tahunan Jabatan;
  • Agihan Peruntukan kepada semua 20 PTJ Jabatan;
  • Perbelanjaan Jabatan dan PTJ;
  • Keseluruhan perolehan JBPM sepanjang tahun, selaras dengan AP168 dan AP168(a).
  • Perolehan secara pembelian terus, sebut harga, tender, rundingan terus dan eBidding melalui Sistem ePerolehan (eP);
  • Kontrak-kontrak perolehan;
  • Pembayaran baucer melalui Sistem eSPKB;
  • Perakaunan dan penyediaan penyata/laporan berkenaan untuk tujuan kawalan dan pengesahan perbelanjaan;
  • Pembayaran tuntutan, pendahuluan diri, pinjaman dan elaun-elaun;
  • Pelarasan emolumen, kutipan balik, pungutan hasil dan lain-lain bayaran; dan
  • Kumpulan Wang Kebajikan Bomba (KWKB)

Merancang, mengurus dan memantau:

  • Aset alih kerajaan;
  • Stor dan Stok;
  • Bangunan dan peralatan pejabat;
  • Kenderaan SPANCO;
  • Bilik mesyuarat;
  • Rekod, fail dan dokumen terperingkat;
  • Kad perakam waktu;
  • Perpustakaan jabatan;
  • Penganugerahan Pingat Kebesaran Bomba dan Kurniaan Darjah Kebesaran Bintangdan Pingat Persekutuan/Wilayah Persekutuan dan Negeri; dan
  • Keselamatan bangunan dan pejabat.

Merancang, membangun, mengurus dan memantau :

  • Strategi-strategi dan dasar ICT jabatan;
  • Rangkaian Local Area Network (LAN) dan Wide Area Network (WAN) Jabatan;
  • Sistem aplikasi;
  • Laman web;
  • Emel;
  • Perolehan ICT;
  • Operasi harian dan keselamatan Pusat Data;
  • Keselamatan ICT;
  • Penyelenggaraan ICT;
  • Bantuan teknikal dan khidmat nasihat berkaitan ICT kepada pengguna; dan
  • Program latihan dan pembudayaan ICT secara berterusan
Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk memastikan :

Pengurusan perkhidmatan sokongan diuruskan secara efektif dan efisien ke arah penyampaian perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang melebihi ekpektasi pelanggan dan stakeholder.

Dengan itu kami berjanji akan :

  • Memohon pengisian kepada pihak Berkuasa Melantik sebulan sebelum tarikh pengambilan yang ditetapkan oleh SPA;
  • Memohon pengisian kepada Ketua Perkhidmatan lain dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kekosongan
  • Memproses semua urusan perkhidmatan untuk kelulusan dalaman bagi setiap kakitangan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  • Menguruskan pemangkuan / kenaikan pangkat bagi jawatan tertutup dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan kekosongan jawatan
  • Memastikan pegawai menjalani latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun;
  • Mengemukakan laporan perkhidmatan kaunseling kepada Ketua Jabatan / Penyelia dalam masa 119 hari bekerja bagi pegawai berprestasi rendah dan bermasalah;
  • Menguruskan bayaran bil kepada pembekal dalam masa 10 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap;
  • Mengeluarkan Pesanan Tempatan (LO) dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
Carta Organisasi

Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Bahagian Pengurusan.
Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Cawangan Sumber Manusia.
Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Cawangan Pengurusan Kewangan.
Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Cawangan Pentadbiran.
Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Cawangan Teknologi Maklumat.

Alamat Surat Menyurat

Pengarah Pengurusan,
Bahagian Pengurusan,
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia
Tingkat 2, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No. Tel : 03 – 8892 7600
No. Faks : 03 – 8889 3173 / 8888 0025
email :pbp@bomba.gov.my

English EN Malay MS
Skip to content