Sistem ePertukaran ( JBPM )

  sistem epertukaran

Sila klik paparan di atas untuk portal ePertukaran JBPM

Sistem ePertukaran
Pengenalan
  • Sistem ePertukaran merupakan sistem pengurusan pertukaran pegawai beruniform JBPM.
Penggunaan Sistem ePertukaran
    • Permohonan pertukaran antara negeri hendaklah dikemukakan secara atas talian menggunakan sistem ePertukaran. Sistem ini akan dibuka sepanjang tahun bermula tahun 2022 dan berinteraksi secara automatik dengan sistem myAPPS untuk mendapatkan maklumat peribadi dan rekod perkhidmatan pegawai.
    • Pegawai WAJIB mengemaskini maklumat peribadi dan rekod perkhidmatan pegawai di dalam sistem myAPPS terlebih dahulu iaitu di ruangan “Profıl Pengguna” dan “myRECORDS” sebelum melengkapkan permohonan pertukaran antara negeri di di dalam sistem ePertukaran. Kegagalan pegawai untuk mengemaskini myAPPS akan menyebabkan permohonan pertukaran secara atas talian tidak lengkap dan tidak akan dipertimbangkan.
    • Permohonan pertukaran daripada pegawai di negeri perlu mendapat Sokongan I iaitu Timbalan Pengarah JBPM Negeri dan Sokongan II iaitu Pengarah JBPM Negeri.Permohonan pertukaran daripada pegawai di Ibu Pejabat JBPM atau Akademi perlu mendapat sokongan daripada Pengarah Bahagian atau Komandan masing- masing sahaja.

    • Permohonan pertukaran yang lengkap, teratur dan telah disokong sepenuhnya oleh Sokongan I dan Sokongan ll sahaja yang akan dipertimbangkan untuk diangkat kepada pertimbangan dan kelulusan JKPP.
English EN Malay MS
Skip to content