Pengurusan Korporat (Bahagian)

BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT
Visi

Untuk menjadi penggerak kecemerlangan tadbir urus korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berkesan dan dinamik.

Misi

Komited untuk menginstitusi, memperkukuhkan budaya dan sistem korporat yang dihormati melalui pengurusan data dan maklumat yang berkesan.

Objektif

Untuk memastikan semua perkara berhubung dengan pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diurus dengan baik dan terancang melalui penyelarasan aktiviti-aktiviti bahagian-bahagian untuk mengekalkan persefahaman dengan pelanggan Jabatan dalam pelbagai bidang di peringkat nasional dan antarabangsa.

Fungsi

Bahagian Pengurusan Korporat dan Perhubungan Awam terbahagi kepada 5 unit iaitu Unit Perancangan Dasar , Unit Komunikasi Korporat , Unit Inspektorat, Unit Kebajikan Pekerja dan Unit Pengurusan Kualiti dan Inovasi.

  • Merancang dan mengkaji Pelan Strategik Jabatan.
  • Merancang ketetapan dasar sejajar dengan perundangan dan peraturan yang ada.
  • Menerajui, merancang dan penggubalan dasar-dasar baru berhubung dengan teras Jabatan
    Mengkaji dan menganalisa isu-isu kebombaan dan keberkesanan dasar berasaskan kepada penanda aras.
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan dalam aspek perancangan dan penggubalan dasar-dasar berhubung dengan teras Jabatan.
  • Mengenalpasti dan menganalisa isu-isu semasa dalam negara dan antarabangsa yang memberi kesan kepada perkhidmatan kebombaan.
  • Menilai dan menyelaras keberkesanan pelaksanaan program di setiap bahagian supaya sejajar dengan penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Perancangan Kerja Tahunan (RKT) Jabatan / Kementerian.
  • Menyelaras urusan parlimen di peringkat jabatan.
  • Bertindak sebagai urusetia di peringkat Jabatan bagi mesyuarat-mesyuarat berkaitan dasar di peringkat Kementerian.
  • Merancang dan mengurus secara berkala perhubungan media dan publisiti.
  • Merancang, melaksana dan menganalisa program-program utama, sosial dan keagamaan Jabatan.
  • Merancang, melaksana dan menganalisa program-program utama, sosial dan keagamaan Jabatan.
  • Merancang peningkatan kerjasama Jabatan dalam kegiatan-kegiatan antarabangsa.
    Merancang penyertaan Jabatan dalam mesyuarat-mesyuarat dan konvensyen-konvensyen peringkat antarabangsa.
  • Mengurus dan menyediakan khidmat kaunter pelanggan.
  • Mengurus dan menyelaras perkara-perkara berkaitan dengan pengaduan awam serta menyediakan khidmat meningkatkan keberkesanan dasar / program.
  • Merancang dan menguruskan protokol lawatan.
  • Menguruskan penerbitan jurnal / laporan / tahunan / buletin / buku.
  • Menyelaras maklumat-maklumat laman web Jabatan.
  • Menganalisa pelaksanaan Akta 341 dan peraturan-peraturannya serta perundangan yang berkaitan.
  • Menganalisa pematuhan terhadap dasar/arahan/garis panduan yang dikeluarkan.
    Merancang, menyiasat dan menyediakan laporan mengenai sesuatu aduan.
  • Menganalisa tahap kualiti sistem penyampaian perkhidmatan dan mencadangkan penambahbaikan.
  • Menganalisa sistem penyampaian perkhidmatan kebombaan bagi tujuan penarafan bintang (Sistem Star Rating).
  • Merancang dan menyelaras aktiviti Jabatan seperti berikut :
    • Majlis Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan Jabatan
    • Persatuan Kebajikan Bomba
    • Persatuan Suri Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat (PERISMA)
    • Persatuan Veteran Bomba
    • Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Menganalisa keperluan persatuan dan kesatuan.
  • Menjadi urusetia kepada semua persatuan dan kesatuan.
  • Menguruskan mesyuarat-mesyuarat berkala.
  • Urusetia Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
  • Merancang dan menyediakan dasar dan objektif kualiti JBPM yang terkini.
  • Merancang dan mengurus :
    • Jawatankuasa Pemandu Inovasi Jabatan
    • Jawatankuasa Pemandu Kualiti Jabatan
    • Jawatankuasa Pemandu KPI Jabatan
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan dokumentasi MS ISO 9000:2000 JBPM yang terkini.
  • Merancang dan mengurus pengauditan dalaman MS ISO JBPM.
  • Merancang dan menguruskan program-program penambahbaikan Sistem Kualiti JBPM.
  • Menganalisa pelaksanaan program innovasi sebagai wacana terkini.
  • Meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk menyampaikan dan menghebahkan maklumat-maklumat lengkap berhubung dengan aktiviti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia kepada masyarakat secara berkesan dan profesional.

Dengan itu kami berjanji akan:

  • Sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat perhubungan awam dengan cekap dan berkesan serta memberikan kepuasan kepada pelanggan.
  • Memastikan dan menentukan aspek-aspek perhubungan awam dilaksanakan dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab.
  • Membantu Jabatan dalam menjaga, mengendalikan dan meningkatkan perhubungan dengan sektor awam, swasta dan dalam Jabatan sendiri.
  • Memastikan proses pengendalian aduan pelanggan Jabatan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh aduan diterima.
Carta Organisasi

Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Bahagian Pengurusan Korporat.

Alamat Surat Menyurat
YS Penolong Ketua Pengarah,
Bahagian Pengurusan Korporat ,
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Tingkat 5, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No. Tel : 03 – 8892 7600
No. Faks : 03 – 8888 0840
E-mel :korporat@bomba.gov.my

English EN Malay MS
Skip to content