PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

“Merancang dan menyediakan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar serta meningkatkan tahap keselamatan kebakaran dan kesedaran awam.”

Dengan itu kami berjanji akan:

  1. Mengeluarkan Salinan Laporan Kebakaran /Kecemasan (SLKK) dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  2. Mengeluarkan perakuan pelan teknikal dalam tempoh empat belas hari (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Mengeluarkan Surat Pelepasan bagi perakuan berperingkat (Borang G8 dan G9) dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh pemeriksaan dengan syarat semua pepasangan keselamatan kebakaran berfungsi dan dokumen telah dilengkapkan.
  4. Mengeluarkan surat sokongan pelesenan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pemeriksaan dibuat.
  5. Mengeluarkan Perakuan Bomba dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pembayaran fi dibuat.
  6. Mengeluarkan laporan mengenai punca kebakaran (LPK1) dalam tempoh empat belas  (14) hari selepas penyiasatan kebakaran dimulakan.
  7. Mengeluarkan Sijil Perakuan Bahan (Baharu) dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  8. Memberi maklumbalas permohonan kursus dan program latihan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  9. Pengurusan Aduan awam : i) Memberikan maklumbalas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. ii) Penyelesaian aduan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja kecuali bagi aduan yang memerlukan tindakan/siasatan lanjut.
  10. Menguruskan bayaran bil kepada pembekal dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
  • Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bagi Bulan Januari 2020 (Dalam proses pengumpulan data)
  • Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bagi Bulan Februari 2020 (Dalam proses pengumpulan data)
  • Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bagi Bulan Mac 2020 (Dalam proses pengumpulan data)
  • Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Tahun 2019 (Dalam proses pengumpulan data)
English EN Malay MS
Skip to content