PENYIASATAN KEBAKARAN (BAHAGIAN)

BAHAGIAN PENYIASATAN KEBAKARAN
Misi

Bahagian Penyiasatan Kebakaran komited untuk menjalankan penyiasatan kebakaran secara profesionaldan dan kompeten serta melaksanakan pendakwaan di Mahkamah dan menggubal draf akta-akta yang berkaitan dengan kebombaan.

Objektif
  • Melaksanakan penyiasatan kebakaran secara saintifik dan sistematik dalam mengenalpasti sebab, punca dan hal keadaan kebakaran serta mengemukakan syor-syor langkah pencegahan kebakaran dan penambahbaikan keberkesanan operasi pemadaman.
  • Melaksanakan pendakwaan kebombaan secara berkesan yang mampu memberi pengajaran dan kesedaran keselamatan kebakaran (deterrent).
  • Menggubal draf akta-akta yang berkaitan dengan kebombaan dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Piagam Pelanggan
  • Komitmen kami adalah untuk memastikan semua penyiasatan kebakaran dan penyediaan kertas siasatan perlanggaran kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.

    Dengan itu kami berjanji akan:

    • Melengkapkan kertas penyiasatan kebakaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penyiasatan kebakaran dimulakan.
    • Menyiapkan kertas siasatan pelanggaran kesalahan berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh aduan diterima.
Fungsi
  • Menyediakan dasar dan Perintah Tetap Ketua Pengarah berkaitan pelaksanaan penyiasatan kebakaran.
  • Menyediakan Perintah Tetap Ketua Pengarah berkaitan dengan pengambilmilik premis dan harta benda di bawah seksyen 46, Akta.
  • Menyediakan prosedur pengumpulan sampel dan data-data sebagai bahan-bahan bukti.
    Menyediakan prosedur soal-siasat saksi berdasarkan seksyen 42 dan 43, Akta.
  • Mengkaji teknik-teknik sains forensik dalam penyiasatan kebakaran.
  • Mengkaji keperluan perundangan untuk melaksanakan penyiasatan kebakaran.
    Menjalankan penyiasatan kebakaran bagi kes besar dan mempunyai kepentingan Negara serta yang melibatkan bangunan kerajaan.
  • Menjadi saksi pakar di Mahkamah.
  • Menyediakan panduan dan prosedur penganalisaan sampel di makmal.
  • Menganalisa hasil-hasil siasatan untuk dijadikan dasar dan prosedur bagi sesuatu industri dan JBPM
  • Menyediakan dasar dan Perintah Tetap Ketua Pengarah pendakwaan yang berkesan.
  • Mengkaji keperluan perundangan dalam pendakwaan.
  • Menjalankan penyiasatan bagi kes pelanggaran Akta menurut kuasa di bawah seksyen 38, 39, 41, 42 dan 43 Akta.
  • Menjalankan pendakwaan kes di mahkamah.
  • Menjalankan pengkompaunan kesalahan.
  • Penerbitan Jurnal Kes Pendakwaan.
  • Membuat kajian keperluan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan undang-undang subsidiari.
  • Menyemak dan menyediakan draf pindaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
  • Menyemak dan menyediakan draf peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
  • Memberi khidmat nasihat dari segi perundangan berkaitan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan undang-undang subsidiari di bawah Akta
Carta Organisasi
  • Sila klik di sini untuk melihat Carta Organisasi Bahagian Penyiasatan Kebakaran.

Alamat SuratMenyurat

YSPenolong Ketua Pengarah,
Bahagian Penyiasatan Kebakaran,
Tingkat 3, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Lebuh Wawasan, Presint 7
62250 Putrajaya
No. Tel : 03 – 8892 7600Emel :pro_forensik.bomba@1govuc.gov.my

English EN Malay MS
Skip to content