Perancangan dan Penyelidikan (Bahagian)
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN
Visi
Menjadi pemacu transformasi sains dan teknologi kebombaan melalui perancangan dan penyelidikan yang berprestasi tinggi.
Misi
Melaksanakan penyelidikan Sains, Teknologi dan Inovasi Kebombaan secara profesional bagi meningkatkan kecekapan JBPM dan industri kebombaan.
Objektif
Untuk menghasilkan penyelidikan kebombaan yang berkait rapat dengan kelestarian penghidupan.
Fungsi
- Menganalisa data-data berkaitan dengan kebakaran
- Kajian & penyelidikan keberkesanan peralatan/ perkakasan pemadaman kebakaran
- Penyelidikan mengenai taktik-taktik operasi pemadaman kebakaran yang baru dan berkesan
- Mengkaji & membuat penyelidikan spesifikasi teknikal peralatan/ perkakasan baru pemadaman kebakaran
- Membuat ujian produk/ peralatan pemadaman kebakaran terkini
- Membuat kajian keberkesanan pemadaman kebakaran untuk risiko kebakaran khas
- Membuat kajian & penyelidikan keberkesanan pengendalian bencana yang melibatkan CBRNE (Chemical, Biology, Radiology, Nuclear & Explosion)
- Menganalisa data-data berkaitan dengan penyelamatan
- Kajian & penyelidikan keberkesanan peralatan/ perkakasan penyelamatan
- Penyelidikan mengenai taktik-taktik operasi penyelamatan yang baru dan berkesan
- Mengkaji & membuat penyelidikan spesifikasi teknikal peralatan/ perkakasan baru penyelamatan
- Membuat ujian produk/ peralatan penyelamatan terkini
- Membuat kajian keberkesanan penyelamatan untuk bencana industri & bencana alam
- Membuat kajian & penyelidikan ke atas PKK bangunan
- Penyelidikan mengenai faktor kemanusiaan & persekitaran berkaitan keselamatan kebakaran bangunan
- Melaksanakan ujian keberkesanan & Perakuan PKK bangunan yang terkini / baru
- Kajian ke atas piawaian/ standard/ spesifikasi PKK bangunan
- Membuat cadangan kajian dan penyelidikan untuk digunapakai dan dipasarkan di Negara
- Membuat kajian Sains & Teknologi Keselamatan Kebakaran
- Menyelaras penyelidikan & pembangunan industri Keselamatan Kebakaran
- Kajian human behaviour, fire science & persekitaran semasa kebakaran, bencana industri & alam
- Mengkaji & membuat penyelidikan behavioural anggota kecemasan dalam pelaksanaan operasi pemadaman
- Menjalankan kajian saintifik fire behaviour bahan binaan & kaitannya keselamatan kebakaran bangunan
Piagam Pelanggan
Komitmen kami adalah untuk memastikan pelaksanaan perancangan dan penyelidikan berkaitan aspek kebombaan dilaksanakan secara professional. Dengan itu kami berjanji :
- Mengeluarkan laporan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat penyelidikan atau kajian.
- Mengeluarkan analisa keberkesanan produk dalam tempoh tujuh (7) hari selepas penerangan produk.
- Mengeluarkan laporan spesifikasi dan rekomendasi perolehan jabatan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima data teknikal.
Carta Organisasi
Sila klik di sini untuk melihat carta organisasi.
- Brosur Pusat Penyelidikan Kebombaan – untuk maklumat dan kemudahan yang ditawarkan di bahagian ini.
- Borang Permohonan Taklimat dan Borang Demostrasi Produk
- Borang RNP-PKK 1 untuk permohonan perakuan/kelulusan baru bahan/sistem perlindungan kebakaran
- Lampiran A3 – Senarai semak bagi Permohonan Pembaharuan sijil bahan
Alamat Surat Menyurat
YS Pengarah,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,
Pusat Penyelidikan Kebombaan (PUSPEK),
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Lengkok Teknologi,
Kawasan Perindustrian Enstek,
71760 Nilai, Negeri Sembilan.
(u.p. PKPjB Kamarulzaman Malik Abdullah)
Tel: 06-7997600 (ext 124)
Fax : 06-7997604
Email : research@bomba.gov.my