SOALAN LAZIM BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKANSEMASA PKP COVID-19

SOALAN LAZIM BERKAITAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19

OPERASI KEBOMBAAN  l   KESELAMATAN KEBAKARAN   l   LATIHAN  l  PENYIASATAN  l  UDARA  l  PEMBANGUNAN  l  PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN   l   KORPORAT  l  PENGURUSAN  l  KEJURUTERAAN  l  UNIT INTEGRITI   l   CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN   l

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN

Hanya perkhidmatan pelanggan yang melibatkan orang awam/syarikat di kaunter sahaja ditutup sehingga tamat tempoh PKP ini.

Lain-lain urusan seperti surat menyurat melalui pos, email, pertanyaan talipon kepada pegawai-pegawai yang terlibat dan talian talipon kaunter Bahagian masih diteruskan seperti biasa.

Semua permohonan dan pertanyaan berhubung kelulusan perakuan baru dan pembaharuan bagi Sijil Perakuan Bahan Sistem Perlindungan Kebakaran hanya boleh dilakukan melalui surat pos atau permohonan melalui email rasmi sahaja. Semua permohonan dan pertanyaan melalui email rasmi adalah seperti berikut:perakuanbahan@bomba.gov.my

Semua permohonan dan pertanyaan berhubung permohonan untuk taklimat pruduk peralatan kebombaan hanya dibenarkan melalui surat pos atau permohonan melalui email sahaja. Semua permohonan dan pertanyaan melalui email rasmi adalah seperti berikut:research@bomba.gov.my

Semua urusan berkaitan Bank Halon ditangguhkan sepanjang tempoh PKP ini.

English EN Malay MS
Skip to content