SOALAN LAZIM BAHAGIAN UDARA SEMASA PKP COVID-19

SOALAN LAZIM BERKAITAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19

OPERASI KEBOMBAAN  l   KESELAMATAN KEBAKARAN   l   LATIHAN  l  PENYIASATAN  l  UDARA  l  PEMBANGUNAN  l  PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN   l   KORPORAT  l  PENGURUSAN  l  KEJURUTERAAN  l  UNIT INTEGRITI   l   CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN   l

BAHAGIAN UDARA
Ya, semua pesawat jabatan sentiasa diletakkan dalam keadaan siap sedia beroperasi 7 hari seminggu seperti biasa di Pangkalan Udara JBPM Subang, Bertam dan Pangkalan Operasi Udara Miri.
Tugasan operasi yang dilaksanakan meliputi tugasan pemadaman kebakaran hutan menggunakan bambi bucket, penyelamatan udara iaitu mencari dan menyelamat (SAR) dan pemindahan pesakit (Medivac) termasuklah tugasan khas pemindahan pesakit Covid-19 dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jabatan mempunyai SOP lengkap berkaitan operasi pemindahan pesakit Covid-19 di mana PPE yang lengkap akan dibekalkan kepada krew oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai langkah keselamatan dan perlindungan.
 
Ya, terdapat tugas yang tidak dilaksanakan atau ditangguhkan sepanjang tempoh PKP seperti tugasan bukan operasi seperti pameran, demonstrasi kebombaan, latihan pengukuhan pasukan khas dan sebagainya.
English EN Malay MS
Skip to content