SOALAN LAZIM BAHAGIAN PEMBANGUNAN SEMASA PKP COVID-19

SOALAN LAZIM BERKAITAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19

OPERASI KEBOMBAAN  l   KESELAMATAN KEBAKARAN   l   LATIHAN  l  PENYIASATAN  l  UDARA  l  PEMBANGUNAN  l  PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN   l   KORPORAT  l  PENGURUSAN  l  KEJURUTERAAN  l  UNIT INTEGRITI   l   CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN   l

BAHAGIAN PEMBANGUNAN
Ya. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan yang dibenarkan beroperasi seperti berikut :
 
i) Projek di mana Kontraktor G1-G2 seperti kontraktor utama .
ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas.
iii) Kerja-kerja penyelenggaraan.
iv) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalan perjanjian kontrak.
v) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak.
vi) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya.
vii) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juruukur tanah, juruukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.

Syarikat-syarikat yang terlibat perlu mendapatkan kelulusan beroperasi dengan membuat permohonan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui laman sesawang MITI, www.miti.gov.my

Ya. Perolehan sebutharga dibenarkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan balai bomba dan kuarters terutamanya skop yang kritikal melibatkan keselamatan dan pengoperasian. Proses sebutharga ini perlu dibuat dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dengan mengambilkira perkara-perkara berikut bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) :-

i) Spesifikasi kerja / BQ perlu disediakan dengan jelas dan terperinci supaya proses lawatan tapak tidak perlu dilaksanakan.

ii) Sekiranya proses lawatan tapak masih diperlukan bagi penjelasan secara fizikal, ianya hanya boleh dibuat secara maya (video) sahaja.

iii) Pengurusan dokumen sebutharga hendaklah dibuat secara online/media cetak/ pos sahaja

English EN Malay MS
Skip to content