SOALAN LAZIM CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN SEMASA PKP COVID-19
SOALAN LAZIM BERKAITAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19
OPERASI KEBOMBAAN l KESELAMATAN KEBAKARAN l LATIHAN l PENYIASATAN l UDARA l PEMBANGUNAN l PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN l KORPORAT l PENGURUSAN l KEJURUTERAAN l UNIT INTEGRITI l CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN l
CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN
Bagi perolehan yang telah diiklankan, sesi lawatan tapak dan taklimat kepada pembekal perlu ditangguhkan sehingga tamat PKP dan boleh dilaksanakan selepas tempoh PKP. Pembekal/ syarikat perlu dimaklumkan melalui laman web jabatan, notis, emel dan sebagainya.
Bagi perolehan mustahak yang telah diiklankan dan diteruskan, proses yang jelas perlu dimaklumkan kepada pembekal bagi proses penghantaran sampel dan dokumen semasa dalam tempoh PKP. Pembekal/ syarikat perlu dimaklumkan melalui laman web jabatan, notis, emel dan sebagainya.
Aktiviti perolehan yang melibatkan kehadiran ramai seperti pelaksanaan undian dan lawatan tapak langsung tidak dibenarkan semasa PKP.
Tidak. Jabatan dan pembekal perlu mematuhi had nilai siling/ kawalan harga tersebut.
Walaupun perolehan darurat dilaksanakan, penggunaan eP masih diutamakan. Sekiranya eP tidak dapat dilaksanakan, perolehan boleh dilaksanakan menggunakan LO iGFMAS. Pembayaran Tanpa PT boleh dilaksanakan tetapi tidak digalakkan.
Peraturan semasa PK4.2/perenggan 9.9.2 membenarkan Agensi untuk memberikan pengecualian bertulis untuk syarikat mengemukakan bon pelaksanaan/insurans lewat dari tempoh asal yang ditetapkan sehingga maksimum 60 hari dari tarikh tersebut.
Agensi tidak boleh mempertimbangkan sebarang perubahan harga tawaran bagi mengekalkan keadilan kepada petender/ penyebut harga lain yang turut menyertai tender/ sebut harga tersebut.
Tempoh sah laku tender dan tender yang masih berkuat kuasa bagi semua had nilai, boleh dilanjutkan sekiranya perlu oleh agensi setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan. Kelulusan pelanjutan tempoh boleh menggunakan apa jua media komunikasi yang pantas seperti e-mel dan lain-lain medium.
PROSES TUNTUTAN DAN BAYARAN
Walaupun projek/ program ditangguhkan pelaksanaannya, namun tuntutan bayaran bagi pembekalan/ perkhidmatan/ kerja yang telah disempurnakan dan lengkap invoisnya serta dikemukakan kepada agensi sebelum/ semasa tempoh PKP, pembayaran boleh dibuat selaras dengan syarat kontrak.
Pembayaran boleh dilaksanakan dengan syarat kedua-dua pihak (Kerajaan dan Syarikat) telah menandatangani kontrak perjanjian tersebut walaupun setem hasil belum dimatikan.
Boleh. Walau bagaimanapun pergerakan dan kehadiran perlu diminimakan.
Pembayaran ke atas bekalan/ perkhidmatan/ kerja yang telah disempurnakan hendaklah disegerakan dalam tempoh PKP agar tidak menjejaskan kewangan syarikat terutamanya dari segi bayaran upah kepada pekerjanya. Bayaran tersebut masih boleh dilaksanakan setelah tempoh PKP berakhir sekiranya masih ada baki bayaran yang belum diselesaikan sepenuhnya.