SOALAN LAZIM CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN SEMASA PKP COVID-19

SOALAN LAZIM BERKAITAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19

OPERASI KEBOMBAAN  l   KESELAMATAN KEBAKARAN   l   LATIHAN  l  PENYIASATAN  l  UDARA  l  PEMBANGUNAN  l  PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN   l   KORPORAT  l  PENGURUSAN  l  KEJURUTERAAN  l  UNIT INTEGRITI   l   CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN   l

CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN

Bagi perolehan yang telah diiklankan, sesi lawatan tapak dan taklimat kepada pembekal perlu ditangguhkan sehingga tamat PKP dan boleh dilaksanakan selepas tempoh PKP. Pembekal/ syarikat perlu dimaklumkan melalui laman web jabatan, notis, emel dan sebagainya.

Bagi perolehan mustahak yang telah diiklankan dan diteruskan, proses yang jelas perlu dimaklumkan kepada pembekal bagi proses penghantaran sampel dan dokumen semasa dalam tempoh PKP. Pembekal/ syarikat perlu dimaklumkan melalui laman web jabatan, notis, emel dan sebagainya.

Aktiviti perolehan yang melibatkan kehadiran ramai seperti pelaksanaan undian dan lawatan tapak langsung tidak dibenarkan semasa PKP.

Situasi 1: Sedang dalam proses penilaian
 
Jawatankuasa Penilaian dibenarkan untuk bersidang bagi membuat penilaian program/ projek yang telah diperuntukkan dan diluluskan. Walau bagaimanapun, mesyuarat tersebut hendaklah dilaksanakan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19.
 
Situasi 2: Proses perolehan baharu bagi menggantikan kontrak semasa belum bermula
 
Jabatan dibenarkan untuk memulakan proses perolehan dengan mewujudkan Jawatankuasa Spesifikasi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, mesyuarat jawatankuasa dalaman berkaitan perolehan adalah dibenarkan untuk bersidang semula melalui Video Conferencing melalui aplikasi Skype for Business (SfB) di bawah komponen MyGovUC untuk melaksanakan penyediaan dokumentasi.
 

Walaupun perolehan darurat dilaksanakan, penggunaan eP masih diutamakan. Sekiranya eP tidak dapat dilaksanakan, perolehan boleh dilaksanakan menggunakan LO iGFMAS. Pembayaran Tanpa PT boleh dilaksanakan tetapi tidak digalakkan.

Bagi mana-mana SST yang dikeluarkan sebelum PKP dan syarikat sepatutnya mengembalikan SST dalam tempoh PKP, syarikat dibenarkan mengembalikan SST yang telah ditandatangan tanpa melampirkan Akuan Bersumpah Pembida Berjaya dalam tempoh PKP.
 
Setelah tempoh PKP berakhir, Agensi hendaklah mengeluarkan pemakluman semula kepada syarikat agar mengemukakan dengan seberapa segera Akuan Sumpah tersebut kepada Agensi lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah.
 

Peraturan semasa PK4.2/perenggan 9.9.2 membenarkan Agensi untuk memberikan pengecualian bertulis untuk syarikat mengemukakan bon pelaksanaan/insurans lewat dari tempoh asal yang ditetapkan sehingga maksimum 60 hari dari tarikh tersebut. 

Sekiranya tempoh maksimum 60 hari tersebut telah tamat, MOF memberi kebenaran kepada agensi untuk mengecualikan syarikat mengemukakan bon pelaksanaan/insurans selewat-lewatnya tambahan 60 hari selepas tempoh PKP berakhir. Kegagalan syarikat mengemukakan bon pelaksanaan/insurans dalam tempoh tersebut menyebabkan pesanan kontrak tidak dibuat melalui sistem eP.
 

Agensi tidak boleh mempertimbangkan sebarang perubahan harga tawaran bagi mengekalkan keadilan kepada petender/ penyebut harga lain yang turut menyertai tender/ sebut harga tersebut. 

Berdasarkan persekitaran ekonomi semasa, agensi juga tidak boleh mengambil tindakan untuk mengenakan sebarang bentuk penalti (sebagai contoh menyenarai hitam) ke atas petender/ penyebut harga yang menolak keputusan perolehan yang telah dibuat oleh Pihak Berkuasa Melulus.
 
Oleh demikian, LP/ JKSH semasa bersidang perlu mengambil maklum berkenaan kemungkinan perkara-perkara yang akan berlaku setelah keputusan dibuat dengan turut memutuskan supaya syarikat di kedudukan kedua dipilih sekiranya syarikat di kedudukan pertama menolak tawaran dan demikian seterusnya.
 

Tempoh sah laku tender dan tender yang masih berkuat kuasa bagi semua had nilai, boleh dilanjutkan sekiranya perlu oleh agensi setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan. Kelulusan pelanjutan tempoh boleh menggunakan apa jua media komunikasi yang pantas seperti e-mel dan lain-lain medium. 

Semua tender dan sebut harga bekalan dan perkhidmatan melalui sistem ePerolehan (eP) yang akan tamat tempoh sah laku tender mulai 18 Mac 2020 hingga 30 April 2020, tempoh sah laku tender akan dilanjutkan selama 60 hari secara automatik. Manakala bagi semua tender kerja, agensi boleh melanjutkan tempoh sah laku selama 60 hari atau satu tempoh yang munasabah.
 
PROSES TUNTUTAN DAN BAYARAN
Tuntutan Perjalanan bagi bulan Mac 2020 boleh dikemukakan kepada Bahagian Kewangan dan Perolehan (BKP), KPKT selewat-lewatnya pada 24 April 2020 (Jumaat).
 
Pegawai perlu mengemukakan salinan Arahan Dalaman KPKT bertarikh 30 Mac 2020 (Lampiran A) sebagai dokumen sokongan bagi justifikasi kelewatan selaras dengan AP100(a). Sekiranya tempoh PKP dilanjutkan, tarikh baru untuk mengemukakan tuntutan bulan April dan bulan seterusnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa tertakluk kepada Arahan Kerajaan Persekutuan.
Arahan untuk kerja lebih masa hendaklah dikeluarkan kepada kakitangan terlibat sekiranya terdapat keperluan untuk bekerja lebih masa sama ada di pejabat atau bekerja dari rumah. Bagi arahan kerja lebih masa dari rumah, Pegawai Penyelia perlu menyatakan dengan lengkap kerja lebih masa yang perlu dibuat oleh kakitangan terlibat.
 
Bagi kerja lebih masa dari rumah, kakitangan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan arahan bekerja lebih masa dan tempoh masa bekerja lebih masa yang dijalankan berserta pengesahan daripada Pegawai Penyelia.
 
PSH yang diarahkan bekerja di rumah dan melaksanakan kerja lebih masa layak dibayar elaun lebih masa dalam tempoh PKP tertakluk kepada:
 
i. Ketua Jabatan dapat mengesahkan pelaksanaan kerja lebih masa tersebut mengikut kaedah yang bersesuaian; dan
ii. Kerja lebih masa tersebut perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan yang mendesak, contohnya bagi perkhidmatan yang dikategorikan sebagai essential services.
 
Di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE 2020), Kerajaan telah mengumumkan pemberian elaun khas kepada penjawat awam yang terlibat secara langsung dalam menangani Covid-19. Syarat pembayaran elaun adalah seperti berikut:
 
i. Pemberikan elaun khas ini adalah bertempoh berkuatkuasa Februari 2020 hingga penularan wabak Covid-19 diisytiharkan berakhir;
ii. Kaedah tuntutan boleh dikemukakan bermula April 2020;
iii. Pemberian elaun khas ini hanya untuk pegawai/anggota JBPM yang diberi arahan bertugas khas bagi Covid-19 sahaja;
iv. Kaedah tuntutan secara bulanan berdasarkan surat arahan bertugas yang diluluskan oleh Ketua Jabatan; dan
v. Tuntutan bayaran elaun khas ini perlulah menggunakan Borang Bayaran Khas Covid-19 dan hendaklah selaras dengan Garis Panduan Pemberian Elaun Khas Bulanan Kepada JBPM Dalam Menangani dan Membendung Penularan Wabak Covid-19.
 

Walaupun projek/ program ditangguhkan pelaksanaannya, namun tuntutan bayaran bagi pembekalan/ perkhidmatan/ kerja yang telah disempurnakan dan lengkap invoisnya serta dikemukakan kepada agensi sebelum/ semasa tempoh PKP, pembayaran boleh dibuat selaras dengan syarat kontrak.

Pembayaran boleh dilaksanakan dengan syarat kedua-dua pihak (Kerajaan dan Syarikat) telah menandatangani kontrak perjanjian tersebut walaupun setem hasil belum dimatikan.

Bagi perolehan yang dilaksanakan melalui sistem ePerolehan, kontrak perjanjian tersebut yang telah ditandatangani kedua-dua pihak boleh dimuatnaik ke dalam sistem ePerolehan bagi tujuan pembayaran seterusnya. Walau bagaimanapun, bagi meminimakan pergerakan syarikat, dalam tempoh PKP ini, bayaran boleh diteruskan walaupun setem hasil belum dimatikan. Agensi hendaklah mengeluarkan pemaklumakan kepada syarikat untuk mematikan setem dengan kadar segera bagi tujuan penyempurnaan dokumentasi dan difailkan sewajarnya, setelah tempoh PKP berakhir.

Pembayaran ke atas bekalan/ perkhidmatan/ kerja yang telah disempurnakan hendaklah disegerakan dalam tempoh PKP agar tidak menjejaskan kewangan syarikat terutamanya dari segi bayaran upah kepada pekerjanya. Bayaran tersebut masih boleh dilaksanakan setelah tempoh PKP berakhir sekiranya masih ada baki bayaran yang belum diselesaikan sepenuhnya.

 
Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts. Separated they live in Bookmarksgrove right at the coast
Nota:
 
Bagi memastikan hasrat Kerajaan untuk menangani penularan wabak Covid-19 dapat dibendung di samping aktiviti perolehan tidak terjejas, pematuhan tatacara kewangan dan perolehan hendaklah mematuhi peraturan semasa yang berkuatkuasa. FAQ ini hendaklah dibaca bersekali dengan Surat Kementerian Kewangan (MOF) rujukan MOF.BPK(S)600-14/2/5(2) bertarikh 9 April 2020 (Lampiran B).
 
Arahan ini adalah dikuatkuasakan dengan serta merta sehingga tempoh PKP tamat. Sekiranya tempoh PKP dilanjutkan, tarikh baru untuk mengemukakan tuntutan bulan April dan bulan seterusnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa tertakluk kepada Arahan Kerajaan Persekutuan.

 

 

 

English EN Malay MS
Skip to content