SEORANG WANITA MAUT DALAM KEMALANGAN MYVI LANGGAR LORI TRELER DI BAHU JALAN

SEORANG WANITA MAUT DALAM KEMALANGAN MYVI LANGGAR LORI TRELER DI BAHU JALAN

21.3.2024: Satu kemalangan jalan raya telah berlaku melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang telah melanggar sebuah lori treler yang berada di bahu jalan di Lebuhraya Merapoh, Gua Musang, Kelantan.

Kejadian itu dilaporkan kepada JBPM Negeri Kelantan pada jam 7.47 pagi sebelum pasukan Bomba daripada BBP Gua Musang seramai 8 orang digerakkan ke lokasi kejadian dengan membawa jentera LFRT dan kenderaan Unit EMRS bagi menjalankan operasi penyelamatan.Menurut Komander Operasi, PBK II Muhammad Shaheer Safari bin Mohd Noor, lokasi kejadian adalah sejauh 55 km daripada balai.

Dalam kejadian itu, terdapat 4 orang mangsa yang berada di dalam kenderaan Perodua Myvi.

Salah seorang mangsa iaitu wanita dewasa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Manakala, 3 lagi mangsa iaitu seorang wanita dewasa telah mengalami kecederaan parah dan 2 lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan.

Kesemua mangsa telah diserahkan kepada petugas perubatan KKM untuk menerima rawatan lanjut.Terdapat 2 orang mangsa iaitu pemandu dan kelindan lori treler yang terlibat dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Setelah selesai, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.01 pagi.

#BombaGuaMusang

JBPM Negeri Kelantan

English EN Malay MS
Skip to content