PROGRAM KONGSI BERKAT BUBUR LAMBUK WIRA MERAH

PROGRAM KONGSI BERKAT BUBUR LAMBUK WIRA MERAH

21.3.2024: Pada hari ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Syarikat Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. serta Syarikat Media Mulia Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk Wira Merah.

Program tersebut yang diadakan secara bergotong-royong di perkarangan Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya melibatkan warga Ibu Pejabat serta kakitangan syarikat penganjur adalah bertujuan bagi berkongsi rezeki dan mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini.

Sejumlah 1000 pek bubur lambuk yang telah disiapkan untuk diedarkan kepada warga JBPM termasuk Balai-balai yang berhampiran dan juga orang awam di sekitar Putrajaya.

Pengagihan bubur lambuk itu telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM bersama YBhg. Dato’ Ahmad Tajuddin bin Idris, Pengarah Bukan Eksekutif, Mahsuri Dagang Sdn. Bhd., Puan Sherine Wong, Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan, Media Mulia Sdn. Bhd. dan Encik Mohd Jazri Ikmal Hijaz, Ketua Komersial Mahsuri Dagang Sdn. Bhd.

#KongsiBerkat

#BuburLambuk

#WiraMerah

#BombaMalaysia

#Mahsuri

#MediaMulia

#JBPM

Media Mulia Sdn Bhd

English EN Malay MS
Skip to content