19.3.2024: JBPM Kuala Lumpur dikejutkan dengan panggilan kecemasan pada jam 8.12 pagi yang berlaku di Jalan Limau Kasturi, Taman Bangsar, Kuala Lumpur.
Pasukan Bomba daripada BBP Pantai dan BBP Jalan Hang Tuah dianggotai dengan 22 orang anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera pemadaman sejurus panggilan diterima.
Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal kebakaran yang berlaku.
Kebakaran akhirnya berjaya dikawal pada 8.41 pagi dengan menggunakan 2 jentera FRT, 1 Water Tanker, 2 EMRS dan 2 RIM.
Menurut Komander Operasi Kanan, PKPgB Wan Mohd Shahrir Azizi bin Wan Said, kebakaran yang melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan @ 30×50 kaki itu dijilat api sehingga 80% dari keluasan keseluruhan rumah tersebut musnah.
Walaubagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur