SEORANG LELAKI MATI LEMAS DI DALAM PARIT

SEORANG LELAKI MATI LEMAS DI DALAM PARIT

22.4.2024: JBPM Negeri Terengganu menerima panggilan kecemasan pada jam 8.37 malam mengenai kejadian mangsa lemas di Kampung Gerai Jerteh, Besut, Terengganu.

Pasukan Bomba dari BBP Jerteh seramai 5 orang anggota bergegas ke tempat kejadian bersama jentera FRT dan DMAX.

Menurut Komander Operasi Kanan, kejadian itu melibatkan mangsa seorang lelaki dewasa yang telah lemas di dalam parit.

Mangsa telah dibawa naik ke tebing oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu
Balai Bomba Dan Penyelamat Jerteh , Terengganu

English EN Malay MS
Skip to content