5 CEDERA DALAM KEMALANGAN 2 BUAH KERETA

LIMA (5) CEDERA DALAM KEMALANGAN 2 BUAH KERETA

19.4.2024:JBPM Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 9.03 pagi mengenai sebuah kemalangan jalan raya yang berlaku di Tali Air 8, BA 2, Sungai Leman Sekinchan, Selangor.

BBP Sekinchan telah menghantar pasukan Bomba seramai 6 orang yang diketuai oleh Komander Operasi PBK II Wan Che bin Ahmad ke lokasi kejadian bersama 1 unit kenderaan LFRT.

Menurut laporan Komander Operasi, kemalangan jalan raya tersebut melibatkan 2 buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan jenis Proton Wira dan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil.

Terdapat 5 mangsa yang mengalami kecederaan ekoran kemalangan tersebut.

Pasukan Bomba telah menyelamatkan kesemua mangsa menggunakan ‘rescue tools’ dan seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak KKM bagi tindakan selanjutnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan

English EN Malay MS
Skip to content