10 TERKORBAN DALAM NAHAS 2 HELIKOPTER TLDM DI LUMUT

10 TERKORBAN DALAM NAHAS 2 HELIKOPTER TLDM DI LUMUT

23.4.2024: JBPM Negeri Perak dikejutkan dengan panggilan kecemasan pada jam 9.50 pagi membabitkan kemalangan helikopter yang berlaku di Stadium Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.

Menurut laporan Komander Operasi Kanan, TPgB II Suhaimy bin Mohd Suhail, pasukan Bomba daripada 2 buah balai berhampiran iaitu BBP Seri Manjung dan BBP Sitiawan sejumlah 21 anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS, kenderaan utiliti Toyota Hilux dan Perodua Kembara sebaik dihubungi.

Dalam kejadian itu, terdapat 2 buah helikopter milik TLDM iaitu M502-6 (FENNEX), dinaiki oleh 3 orang mangsa dan M503-3 (HOM), dinaiki oleh 7 orang mangsa.

Kesemua mangsa merupakan anggota dan pegawai TLDM.

Kedua-dua helikopter ini telah bertembung ketika sedang melakukan latihan penerbangan semasa raptai sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Kesemua 10 orang mangsa yang terlibat telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

Kerja-kerja untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat di lokasi kejadian telah dijalankan oleh pasukan Bomba sehingga selesai.

Bomba Seri Manjung

Balai Bomba Sitiawan

Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Manjung

Bomba Perak Official

English EN Malay MS
Skip to content