330317305 1345561119574306 1578214059712100010 n

Sekalung tahniah kepada YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj Mat Yasin atas pelantikan sebagai KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA berkuatkuasa 15 Februari 2023.

PUTRAJAYA, 15 Feb 2023 – YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Istiadat Pemakaian Tanda Pangkat Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia YAS Dato’ Edwin Galan Teruki yang dilansungkan di Dewan Sutera, Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini.

Dalam majlis yang sama juga turut dilansungkan Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas antara YAS Dato’ Abdul Wahab bin Haji Mat Yasin kepada YAS Dato’ Edwin Galan Teruki selain penyerahan Nota Serah Tugas kepada YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad yang kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Lebih membanggakan YAS Dato’ Abdul Wahab bin Haji Mat Yasin dan YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad merupakan Pengarah Bomba Pahang sebelum ini selain merupakan anak Pahang dan kini menjawat jawatan tertinggi jabatan. Warga Kerja JBPM Negeri Pahang mengucapkan sekalung tahniah kepada ketiga- tiga pemimpin tertinggi JBPM yang baru dilantik.

Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memacu kecemerlangan jabatan ke tahap yang lebih tinggi. InshaAllah

English EN Malay MS
Skip to content