trek laluan terbakar

Belting trek laluan sampah di kilang simen musnah terbakar

SUNGAI SIPUT: Tali sawat (belting) di dalam trek laluan membawa sampah sarap setinggi 30 meter di sebuah kilang simen di sini, musnah dalam kejadian kebakaran lewat petang semalam.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Pegawai Bomba Kanan II Suhaimi Abd Samad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.34 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dengan dibantu BBP Tambun digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan belting di dalam velvo belt trek laluan membawa sampah sarap dengan ketinggian 30 meter. Kilang musnah terbakar 20 peratus.

“Anggota membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran 300 kaki dua pancutan menggunakan sumber air dari pili bomba,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam insiden tersebut,Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.53 malam.

English EN Malay MS
Skip to content