329433022 587887329506747 3294421743396818644 n

Hari Terakhir Buat Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid Di JBPM

PUTRAJAYA, 14.2.2023: Satu Majlis Penghargaan sempena persaraan YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta isteri, YBhg. Datin Sri Jamilah binti Hossin, Yang Dipertua Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita (PERISMA) JBPM telah diadakan pada petang ini, di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan penyerahan Nota Serah dan Terima Tugas Ketua Pengarah JBPM di dalam Dewan Sutera, Ibu Pejabat JBPM daripada YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah JBPM kepada YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM serta penyerahan Tongkat Kuasa sebelum disudahi dengan bacaan doa daripada PgB Luqman bin Ramli, Pegawai Hal Ehwal Agama dan Kebajikan, Bahagian Pengurusan Korporat, JBPM.YAS Dato’ Sri juga telah di bawa ke lobi Ibu Pejabat JBPM bagi melakukan imbasan biometrik sebagai simbolik kehadiran buat kali terakhir perkhidmatan pada hari ini.

Seterusnya YAS Dato’ Sri telah menerima Hormat Panglima di perkarangan Ibu Pejabat JBPM dan melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan buat kali terakhir.Dalam majlis tersebut, TPgB II Thoyyibah binti Taib, JBPM Negeri Terengganu telah mendeklamasikan sajak yang didedikasikan khas buat YAS Dato’ Sri bertajuk ‘Gurindam Kasih’.

Sebagai kemuncak acara, majlis telah menjemput YAS Dato’ Sri dan YBhg. Datin Sri untuk menaiki kenderaan istiadat JBPM dan akan ditarik oleh pegawai-pegawai kanan JBPM sambil diiringi oleh semua Pengurusan Tertinggi dan warga kerja JBPM bersama alunan selawat.

Buat kali terakhir, warga JBPM berkesempatan bersalaman dengan YAS Dato’ Sri serta YBhg. Datin Sri, sebelum kenderaan yang membawa pasangan yang diraikan ini meninggalkan perkarangan Ibu Pejabat.

Setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada YAS Dato’ Sri dan YBhg. Datin Sri di atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan di JBPM. Semoga sentiasa berbahagia disamping keluarga tercinta didalam melayari kehidupan selepas persaraan.

Akhir sekali, selamat ulang tahun kelahiran buat Dato’ Sri Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid. Semoga beroleh kesihatan berpanjangan dan sentiasa dalam rahmat Allah Swt.

English EN Malay MS
Skip to content