Pada jam 6.40 petang, JBPM Negeri Johor menerima panggilan kebakaran bangunan kedai yang berlaku di Jalan Lengkongan, Kampung Baru Kulai, Johor.
Pasukan bomba dari BBP Kulai dan BBP Bandar Baru Kulai seramai 13 orang anggota telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik dihubungi bersama 2 jentera FRT dan sebuah kenderaan Unit EMRS.
Menurut Komander Operasi Kanan, PPgB Mohd Rozaini bin Rosdi, kebakaran tersebut melibatkan sebuah kedai berkeluasan 15×20 kaki yang terbakar dianggarkan sehingga 80%. Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis Proton Saga dianggarkan sehingga 90%.
Operasi pemadaman kebakaran telah dijalankan oleh pasukan bomba sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya.