YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2025 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Plaza Petronas, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur.
Kehadiran YB Menteri telah diiringi oleh YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta dif-dif kehormat.
Dalam majlis tersebut, YB Menteri berkesempatan menyampaikan hadiah utama Pertandingan Mewarna, penyampaian Sijil Perakuan Bomba kepada beberapa premis yang ditetapkan dan mematuhi keperluan kebombaan, penyerahan Kemah Pos Kawalan Bomba kepada Pasukan Bomba Sukarela, penyampaian alat pemadam api serta bahan kempen kepada Bomba Komuniti, Kelab Bomba Cilik dan pengamal media.
Turut hadir dalam program tersebut adalah, YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Kemampanan dan Perancangan Strategik), KPKT, YBrs. Encik Ikhwan bin Azizan, Senior General Manager, KLCC (Holdings) Sdn. Bhd., Pengarah-pengarah Bahagian JBPM, Pengarah-pengarah Bomba Negeri, tetamu jemputan serta pegawai dan kakitangan jabatan.