4.6.2024: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau menerimapanggilan kebakaran rumah melalui talian MERS999 pada jam 5:39 pagi yang berlaku di Jalan Setia Tropika 6/9, Alexander Avenue, Johor.
2 jentera FRT dan 1 kenderaan Unit EMRS telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan anggota seramai 16 orang daripada BBP Tebrau dan BBP Larkin sebaik panggilan diterima.
Komander Operasi PPgB Yogalingam a/l T. Muralidharan melaporkan, sebuah rumah teres 2 tingkat telah terbakar lebih kurang 40% dibahagian hadapan.
Kebakaran turut melibatkan sebuah kereta MPV jenis Toyota Vellfire telah musnah 80% dan sebuah motosikal Honda Wave musnah 95%.
Anggota Bomba bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan salur bantu mula dari pam jentera dan pili bomba berhampiran.
Kesan kebakaran itu turut menjejaskan bahagian hadapan rumah bersebelahan dengan kemusnahan dianggarkan lebih kurang 2%.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Balai Bomba & Penyelamat Larkin, Johor Bahru