4.6.2024: JBPM Negeri Johor menerima panggilan daripada PDRM pada jam 8.13 pagi untuk bantuan mencari orang hilang di Pantai Tenglu Laut, Mersing, Johor.
Bertindak atas maklumat, anggota Bomba daripada BBP Mersing seramai 9 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan Nissan Navara yang membawa sebuah bot penyelamat sebaik dihubungi.
Komander Operasi, PBK II Mohamed Zainudin bin Ahmad melaporkan, kejadian melibatkan seorang lelaki dewasa berusia 21 tahun yang dilaporkan telah hilang sejak 3 Jun 2024 semasa melakukan aktiviti mencari kerang.
Pasukan Bomba turut melakukan pencarian di pesisir pantai dengan menaiki bot penyelamat serta di bantu oleh beberapa agensi. Agensi lain yang turut terlibat selain pihak PDRM adalah anggota APM, APMM dan penduduk kampung.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa oleh pasukan penyelamat masih giat dijalankan sehingga kini.