6.6.2024: JBPM Negeri Perak menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya pada jam 8.47 malam yang berlaku di KN 387.0 Lebuhraya Utara Selatan, Arah Utara, Perak.
10 orang anggota daripada BBP Tanjung Malim telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan jentera Unit EMRS sebaik panggilan diterima.
Komander Operasi, PBK II Saiful Amar bin Ismail melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan 2 buah kereta Perodua Myvi dan BMW dimana kenderaan melanggar sebuah kereta Toyota Hilux milik Polis Pasukan Plus.
Terdapat seorang lelaki iaitu pemandu kereta Perodua Myvi telah tersepit dan mengalami kecederaan.
Anggota Bomba bertindak menggunakan konsep ‘Saver’ dan peralatan ‘hydraulic’ bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mangsa diserahkan kepada KKM bagi mendapatkan rawatan dengan menaiki ambulans KKM.
Bagaimanapun, mangsa dari BMW merupakan sepasang suami isteri tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi ditamatkan pada jam 9.26 malam.