3.3.2024: JBPM Negeri Selangor menerima panggilan pada jam 8.17 malam tentang kemalangan jalan raya yang berlaku berhampiran Apartment Cempaka, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Pasukan Bomba seramai 9 orang daripada BBP Bangi telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sejurus panggilan diterima.
Komander Operasi, PBK II Mohd Fazli bin Jusni melaporkan, sebuah kereta jenis Proton Exora telah terbabas ke dalam longkang sedalam 1 meter.
Terdapat seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan daripada KKM.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Balai Bomba Dan Penyelamat Bangi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor