LORI SIMEN LANGGAR 2 LORI PROPEL DI LEBUHRAYA PLUS 4 CEDERA

LORI SIMEN LANGGAR 2 LORI PROPEL DI LEBUHRAYA PLUS, 4 CEDERA

4.3.2024: JBPM Negeri Perak menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 pagi tentang kemalangan jalan raya telah berlaku di KM 275.3, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, Perak.

Pasukan Bomba daripada BBP Simpang Pulai telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik panggilan diterima.Komander Operasi, PBK II Hamizan bin Mustapha melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori tanker simen telah melanggar 2 buah lori 1 tan milik pihak Projek Penyelenggaraan Lebuhraya (PROPEL) Berhad.

Terdapat 4 orang mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba.Kesemua mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke hospital dengan menaiki kenderaan Unit EMRS Bomba dan ambulan daripada KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Balai Bomba Dan Penyelamat Simpang Pulai

Bomba Perak Official

English EN Malay MS
Skip to content