Screenshot 2024 02 29 095127

KEBAKARAN MESIN PROSES HABUK KAYU DI GEMAS

29.2.2024: JBPM Negeri Sembilan menerima panggilan kebakaran pada jam 4.10 pagi di sebuah kilang dekat Gemas, Negeri Sembilan.

Pasukan Bomba seramai 16 orang anggota daripada 2 buah balai berhampiran iaitu BBP Gemas dan BBP Gemencheh telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, LFRT dan kenderaan Unit EMRS sejurus panggilan diterima.

Menurut Pegawai Operasi, PBK II (TBK) Ismail Bin Mat Ali, kebakaran yang berlaku melibatkan sebuah mesin memproses habuk kayu dan musnah terbakar lebih kurang 70%.

Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat. Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman sehingga selesai.

#BombaGemencheh

Balai Bomba Gemas

BALAI BOMBA GEMAS

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan

English EN Malay MS
Skip to content