SEORANG LELAKI MAUT TERSEPIT BELAKANG SEBUAH LORI TRELER

SEORANG LELAKI MAUT TERSEPIT SETELAH MELANGGAR BELAKANG SEBUAH LORI TRELER

25.3.2024: JBPM Negeri Perak menerima panggilan kecemasan pada jam 1.10 tengah hari mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah lori bonded 3 tan yang telah melanggar bahagian belakang sebuah lori treler di KM 357.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Arah Utara, Perak.

9 orang anggota Bomba dari BBP Slim River bergegas ke tempat kejadian bersama 1 buah jentera FRT dan 1 buah kenderaan utiliti EMRS.

Menurut Komander Operasi PBK II Muhamad Fadil bin Muhamad Raslan, terdapat seorang mangsa lelaki tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba menggunakan rescue tools, hidraulik cutter dan spreader. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak

Balai Bomba Dan Penyelamat Slim River

English EN Malay MS
Skip to content