10 September 2024 : Seramai 34 orang pegawai bomba daripada pelbagai pangkat bersama dua pegawai dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), telah terlibat ke Henan, China bagi tujuan Program China (Henan) and Malaysia Fire Safety Exchange Activities yang berlangsung pada 9 hingga 15 September 2024 di wilayah tersebut.
Misi ke Henan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerjasama antara Malaysia dan China dalam bidang pengurusan insiden dan bencana di mana sesi perkongsian maklumat dan teknologi semasa akan dilaksanakan di sepanjang program ini berlangsung.
Seramai 6 orang pegawai tinggi JBPM yang diketuai oleh YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan turut membentangkan beberapa kertas kerja pengurusan insiden dan bencana di Malaysia semasa program Joint Seminar and Exchange di The Third Station of the Special Service Brigade, Zhengzhou Fire and Rescue Department.
Manakala, 30 pegawai termasuk 2 pegawai dari KPKT pula telah dijadualkan untuk menghadiri sesi demonstrasi kebombaan untuk mempelajari teknologi dan peralatan baharu serta strategi penyelamatan yang lebih efektif.
Program ini merupakan kerjasama di antara Malaysian Chamber of Commerce and Industry in China serta Xi’an Office(Maycham – Xi’an Office) dan dijangka dapat memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam aspek keselamatan dan penyelamatan awam.