17.9.2024: Seorang lelaki dewasa anggaran usia 30an telah terjatuh ke dalam muara sungai di Jeti Pasar Bisik, Jalan Pasar Bisik, Kota Kuala Muda, Kedah.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang giat dijalankan oleh pasukan Bomba dan PDRM di sekitar kawasan tersebut.
JBPM Negeri Kedah menerima panggilan melalui talian MERS999 pada jam 12.55 tengah hari sebelum menggerakkan pasukan Bomba daripada BBP Tikam Batu ke lokasi kejadian.
Menurut Komander Operasi, PBK I Muhammad Rudzuan bin Husain beliau bersama 7 anggota tiba di jeti pada jam 1.18 petang bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS.
Menurut beliau lagi, pasukan penyelamat telah menjalankan operasi pencarian dengan menggunakan kaedah “water surface searching” di sekitar lokasi kejadian.
Operasi masih dijalankan sehingga laporan ini dikeluarkan.