8 September 2024 –
Beberapa daerah di sekitar yan seperti Air terjun Seri Perigi, Titi Hayun dan sungai Kampung Ruat mengalami kejadian air deras disebabkan hujan yang turun beberapa jam yang lalu.
Beberapa kampung disekitar telah dinaiki air akibat dari air yang melimpah deras dari kawasan pergunungan air terjun. Banyak rumah yang dinaiki air di beberapa kampung dan terdapat juga pokok tumbang.
Pemantauan telah dibuat oleh pasukan bomba, rela, bomba komuniti serta malim gunung.
Kami menasihatkan penduduk sekitar sentiasa berada dalam keadaan berwaspada untuk sebarang kemungkinan.