27.5.2024: JBPM Labuan menerima satu panggilan kecemasan dari seorang mangsa pada jam 6.52 pagi mengenai pokok tumbang menghempap rumahnya yang berlaku di Blok 8, Kampung Layangan, Labuan.
Seramai 11 orang anggota Bomba daripada BBP Layangan telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama 1 jentera LFRT dan kenderaan unit EMRS.
Menurut Komander Operasi, PBK II (KUP) Sumarde bin Amir, pokok tumbang tersebut telah menghempap sebuah rumah.
Bagaimanapun, tiada mangsa yang tercedera dan terlibat dilaporkan.
Pasukan Bomba kemudiannya bertindak memotong dan membersihkan pokok tumbang dengan menggunakan peralatan khas.
Operasi dapat ditamatkan sekitar jam 7.30 pagi.