23.5.2024: JBPM Negeri Sabah menerima satu panggilan kecemasan pada jam 7.21 pagi mengenai pokok tumbang menghempap rumah yang berlaku di Kampung Tandek, Kota Marudu, Sabah.
Seramai 4 orang anggota Bomba daripada BBP Kora Marudu telah dikerahkan ke lokasi kejadian bersama 1 unit kenderaan FRV yang diketuai oleh Komander Operasi, PBK II KUP Dyiron bin Deris.
Menurut laporan Komander Operasi, pokok tumbang tersebut telah menghempap sebuah rumah sehingga menyebabkan 70% kerosakan pada bahagian bumbung rumah tersebut.
Pasukan Bomba kemudiannya bertindak memotong dan membersihkan dahan pokok tumbang dengan menggunakan gergaji berantai seterusnya dialihkan ke kawasan yang selamat.
Terdapat seorang mangsa perempuan berusia 17 tahun terlibat dan dilaporkan kaki kirinya tersepit sebelum berjaya diselamatkan oleh ibunya sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi.