26.6.2024: JBPM Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 petang tentang kemalangan jalan raya yang telah berlaku di Batu 35, Jalan Pontian – Johor Bahru, Pontian, Johor.
Pasukan Bomba daripada BBP Pontian Baru seramai 9 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sebaik menerima panggilan.
PBK II Mohd Hasnan bin Abd Rahman selaku Komander Operasi melaporkan, terdapat seorang lelaki berusia 52 tahun yang menaiki kenderaan lori jenis Hino telah mengalami kecederaan akibat tersepit di bahagian pemandu.
Kemalangan itu melibatkan 2 buah lori dan sebuah lagi lori muatan 8 tan didapati tiada mangsa.
Anggota Bomba telah bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital berdekatan dengan menaiki kenderaan Unit EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut.