29.6.2024: PBK I Noor Fazida Tina binti Mohammad Noor dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah terpilih ke Spiez, Switzerland bagi mengikuti kursus anjuran Organisation for the Prohibition of Chemical Weapon.
Beliau akan berkursus bermula 1 Julai hingga 5 Julai 2024. Lebih 60 pencalonan daripada seluruh dunia, beliau telah melepasi beberapa saringan seperti peperiksaan khas dan sesi temuduga yang akhirnya melayakkan beliau menjadi satu-satunya wakil Malaysia ke kursus ini bersama wakil-wakil dari 25 buah negara yang lain.
Selamat berangkat pergi dan tuntutlah ilmu, bawa pulang seberapa banyak ilmu dan pengalaman sepanjang berkursus. Semoga kembali nanti, akan berkongsi ilmu dan manfaat bersama rakyat Malaysia umumnya dan menjadi sumber inspirasi kepada warga Bomba yang lain.
#ThinkBigActSmall
#BombaSelangor
#BombaMalaysia
#JBPM
#Switzerland
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor