23 Jun 2024 – YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dianugerahkan dengan Bintang Jasa Terbilang Cuepacs pada Majlis Anugerah dan Pingat Ceupacs 2024 yang diadakan di Hotel Melia, Kuala Lumpur pagi tadi.
Bintang Jasa Terbilang Cuepacs merupakan bintang tertinggi Ceupacs yang dianugerahkan kepada individu yang telah berjasa kepada Ceupacs termasuklah pegawai tertinggi Ceupacs dan mereka yang pernah menjawat jawatan tertinggi Ceupacs.
Penganugerahan Bintang Jasa Terbilang Cuepacs telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dengan diiringi oleh YBhg. Dato Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan YBhg. Datuk Dr. Haji Adnan bin Mat, Presiden Cuepacs.