330918216 915023206521630 1044104441160621101 n

OPS SAR Turkiye 2023 JBPM

NURDAGI, Gaziantep, 14.2.2023: Laporan sehingga jam 8.00 pagi ini, pasukan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk Misi Bantuan Mencari dan Menyelamat (SAR) Turkiye telah menjalankan sejumlah 8 operasi SAR sejak hari pertama melaporkan diri.
 
Daripada 8 operasi tersebut, seramai 39 orang mangsa telah ditemui. Dimana, 5 orang mangsa berjaya ditemui masih hidup, Manakala 34 mangsa lagi telah meninggal dunia.
Seramai 143 orang pegawai daripada Malaysia yang menyertai Ops SAR Turkiye pada kali ini termasuk 3 pengamal media. Pasukan MAS 01 dianggotai oleh 6 orang pegawai JBPM dan 64 orang pegawai SMART.
 
Manakala, pasukan MAS 10 pula dianggotai oleh 30 orang pegawai JBPM, 20 orang pegawai SMART, 20 orang pegawai APM serta 3 orang pengamal media.
 
Kesemua pegawai ditempatkan di Base Camp, Nurdagi Stadium, Baspinar, Halide Edip Adivar Cd. 27840, Nurdagi, Gaziantep, Turkiye. Cuaca berada dalam keadaan baik dan cerah dengan suhu 4°c. Kesemua 36 pegawai JBPM berada dalam keadaan sihat dan baik.
 
English EN Malay MS
Skip to content