JBPM Perak sasar tubuh tujuh PBS Orang Asli tahun ini

JBPM Perak sasar tubuh tujuh PBS Orang Asli tahun ini

GOPENG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyasarkan untuk menubuhkan sekurang-kurangnya tujuh pasukan bomba sukarela (PBS) yang dianggotai masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman di negeri ini, tahun ini.

Pengarahnya, Azmi Osman, berkata perkampungan Orang Asli Ulu Geruntum di Gopeng merupakan PBS pertama diwujudkan dalam kalangan masyarakat Orang Asli bagi membantu menangani pelbagai insiden kecemasan seperti kebakaran, orang hilang atau lemas.

“PBS melibatkan Orang Asli ini dilihat mampu membantu menangani pelbagai insiden sebelum pasukan penyelamat sampai ke lokasi kejadian kerana kebiasaannya jarak kawasan penempatan Orang Asli agak jauh dari balai bomba di sesuatu kawasan.

“Masyarakat Orang Asli juga sememangnya berkemahiran di hutan kerana mereka sentiasa bersedia menghadapi binatang buas dan mereka tahu struktur jalan dalam kawasan hutan selain memiliki ketahanan fizikal amat padu untuk membantu kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra sempena penubuhan PBS Kampung Orang Asli Ulu Geruntum, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching, hari ini.

Azmi berkata pegawai bomba dari balai bomba berhampiran akan datang ke kampung berkenaan dalam tempoh dua minggu atau sebulan sekali untuk memberi latihan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang sewajarnya untuk menangani sesuatu insiden kepada anggota PBS Orang Asli.

Sementara itu, Sandrea, berkata penubuhan PBS di kampung Orang Asli tersebut dilihat dapat membantu dalam tempoh yang paling singkat sekiranya berlaku kebakaran, kemalangan atau lain-lain bencana sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

“Di Gopeng ini juga merupakan tumpuan orang ramai kerana terdapat banyak kawasan pelancongan, jadi sekiranya apa-apa berlaku anggota PBS Orang Asli memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan terlebih dahulu,” katanya.

toto togel scatter mahjong cie4d sakutoto onictoto toto slot pengeluaran macau data sdy slot thailand situs toto slot zeus situs toto toto slot pawpaw4d Toto macau onictoto cie4d vartoto vartoto sakutoto public88 https://casitasdelasierra.com/ situs toto rans303 https://www.thistlechangeyou.com/ nasatoto bumispin pengeluaran macau Scatter Hitam situs toto Situs Toto live sdy live hk lotto data hk lotto ADASLOT slot 4d slot gacor kedai168 hoki138 Slot Online https://kemenpppa.com/ situs toto situs toto xtoto toto slot slot88 slot toto

slot bola

situs slot gacor slot qris
Skip to content