ULU YAM, SELANGOR, 31.10.2023 – BBP Kuala Kubu Bharu terima panggilan kecemasan pada jam 6.14 petang mengenai pokok tumbang di Jalan Ulu Yam – Gombak menghala Ulu Yam, Selangor.
Kejadian melibatkan sebuah pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kereta Perodua Alza.
Terdapat seorang mangsa wanita tersepit di dalam kereta tersebut berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba namun disahkan meninggal dunia pada jam 7.10 malam oleh pihak KKM.
Mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.