SIMPANG RENGGAM, JOHOR, 31 OKTOBER 2023 – Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran stor melalui talian MERS999 pada 31 Oktober 2023, jam 9.52 malam beralamat di Bangunan Fajar Solehah Enterprise No.47, Jln Renggam, Kg Batu 7, Simpang Renggam.
Satu jentera FRT dan satu Utiliti Pajero dari BBP Renggam dibantu BBP Ayer Hitam dengan satu jentera FRT dengan kekuatan keseluruhan seramai empat belas 14 orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.
Komander Operasi diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Nizar bin Mamun.
Menurut komander operasi, Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran sebuah setor simpanan perabot terpakai 2 tingkat jenis separuh kekal yang berkeluasan 20 kaki x 15 kaki x 15 kaki telah terbakar anggaran lebih kurang 75%.
Tindakan operasi menggunakan 2 aliran salur bantu mula dari pam jentera dan 1 aliran 300 kaki 1 pancutan dari pili bomba berhampiran sehingga selesai. operasi pemadaman dapat dikawal pada jam 10.33 malam kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor