Bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Keselamatan Kebakaran peringkat JBPM Negeri Perak .
Majlis perasmian penutupan telah dirasmikan oleh YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM Negeri Perak.
Turut hadir bersama YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak dan YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak.
Karnival Keselamatan Kebakaran telah diadakan pada 28 dan 29 Oktober 2023 dengan melibatkan beberapa acara seperti Fire Chef, demontrasi pemadaman dan pertunjukkan kebombaan, pertandingan Kawad Pasukan Bomba Sukarela, Pasukan ERT dan Kadet Bomba serta beberapa acara menarik yang lain.