Majlis menandatangani dan penyerahan memorandum persefahaman antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan UEM Edgenta Berhad telah diadakan di Menara UEM, Bangsar South, Kuala Lumpur.
YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM telah mewakili jabatan bagi menandatangani memorandum persefahaman tersebut bersama YBrs. Encik Razman bin Ismail, Ketua Pegawai Sumber Manusia, UEM Edgenta Berhad yang mewakili UEM Edgenta.
Turut diadakan, sesi taklimat berkaitan Command and Contact Centre (C&C) UEM Edgenta Berhad yang dilengkapi dengan sistem dan teknologi terkini.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah Bahagian, JBPM serta pegawai kanan jabatan.