YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini diberikan taklimat lengkap tentang kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam usaha menangani Mounsun Timur Laut (MTL) tahun ini. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT.
YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menyampaikan taklimat tersebut dalam Majlis Taklimat Monsun Timut Laut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kepada Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
YAS Dato’ Ts. Nor Hisham menerusi taklimat kepada YB Kor Ming (YB KM) memaklumkan bahawa bagi menghadapi MTL 2024, JBPM akan beroperasi dengan kekuatan seramai 13,556 pegawai dan anggota dengan dibantu oleh 2,147 Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dan 8,421 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang terdiri daripada 369 pasukan di seluruh negara.